Sabtu, 16 Oktober 2010

:: TUMIS PUCUK SAYUR MANIS ::

Bahan-bahan:

1 ikat sayur pucuk manis | ambil daunnya

2 biji keledek oren | dipotong kecil dan direbus empuk

1 biji bawang besar

1 ulas bawang putih

2 sudu makan ikan bilis

2 biji cili merah | dihiris

Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama cili merah hingga naik baunya.

2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.

3. Setelah itu, masukkan daun pucuk manis dan juga ubi keledek yang telah direbus.

4. Biarkan digoreng seketika dan angkat.

:: PERIA GORENG ::

Bahan-bahan:

400gm peria | dihiris nipis

1 biji telur

10 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

4 biji cili merah

1 helai daun salam

1sm lengkuas | diketuk

Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris hingga naik baunya.

2. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata.

3. Setelah itu, masukkan lengkuas, daun salam dan juga peria.

4. Biarkan masak seketika dan angkat.

:: SATE BEBOLA ::

Bahan-bahan:

6 biji bebola ikan

6 biji bebola sotong

6 biji bebola udang

6 biji bebola daging

6 biji tomato ceri

Lidi secukupnya

Bahan Sos:

2 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos HP

1 sudu makan sos worcestershire

1 sudu teh sos cili

4 sudu makan air

Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

1. Cucuk kesemua bebola pada lidi dan cucukkan tomato ceri di bahagian paling hujung. Lakukan sehingga habis.

2. Panggangkan bebola tersebut sehingga masak. Asingkan.

3. Untuk menyediakan bahan sos pula, campurkan kesemua bahan sos di dalam periuk dan didihkan sehingga pekat. Perasakan.

4. Akhir sekali, tuangkan sos ke atas sate bebola tadi atau dihidangkan secara berasingan.

:: ACAR BUAH ::

Bahan-bahan: 100gm lobak 100gm timun 50gm jeruk limau 50gm jeruk pala 50gm jeruk bawang 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 sudu makan bawang putih kisar 3 sudu makan bawang merah kisar 3cm halia muda | dihiris 2 batang kulit kayu manis 1 sudu teh bunga cengkih 3 biji bunga lawang 1 batang serai | diketuk 2 helai daun pandan | disimpul 5 sudu makan cili giling 4 sudu makan sos cili 3 sudu makan sos tomato 3 sudu makan tomato puri Bijan secukupnya Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara memasak: 1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serai dan daun pandan sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan cili giling dan tomato puri. Tumis sehingga garing. 3. Setelah itu masukkan sos cili dan sos tomato serta perasakan. Kacau rata dan masukkan air untuk dijadikan kuahnya. 4. Akhir sekali, masukkan bawang merah, bawang putih, sayur-sayuran dan buah-buah jeruk. Kacau sebati dan didihkan. Taburkan bijan dan siap untuk dimakan.

:: GULAI IKAN TONGKOL ::

Bahan-bahan: 1 ekor ikan tongkol | dikukus 1 biji kelapa | diambil santannya 2 sudu makan rempah kari 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2sm halia 5 sudu makan cili kisar 3 keping asam keping 5 biji cili padi Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Cara memasak: 1. Campurkan santan bersama cili kisar, bahan kisar, rempah kari dan juga asam keping. 2. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika. 3. Kemudian masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan mendidih dengan api perlahan. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. 5. Kacau rata dan biarkan hingga kuah menjadi pekat. 6. Angkat dan hidangkan.

:: SEGI CLUB SANDWICH ::

Bahan-bahan: 3 keping roti whole meal 200gm ayam panggang 5gm bawang besar 20gm mentega 10gm salad red coral 10gm salad green coral 10gm jeruk bawang 4 hirisan avokado 3 hirisan tomato 3 hirisan zucchini 2 hirisan mangga manis 1 keping keju cheddar 15ml mayones mustard 10ml sos tomato 10ml mayones 1 biji telur goreng Cara memasak: 1. Bakar roti sehingga garing dan susun sayur-sayuran di atasnya. 2. Seterusnya letakkan hirisan ayam panggang dan sapukan mayones, mayones mustard dan sos tomato. 3. Setelah itu tutup dengan sekeping lagi roti dan sapukan jeruk bawang di atasnya. 4. Akhir sekali, letakkan keju cheddar dan telur goreng di atasnya. Paipkan dengan mayones, mayones mustard dan sos tomato. Tutup dengan sekeping roti lagi. 5. Sedia untuk dimakan.

:: KEREPEK LIDAH BUAYA ::

Bahan-bahan: 480gm tepung gandum 1 biji telur 3 sudu makan marjerin 2 sudu makan tepung ubi Air secukupnya | dicampurkan sedikit garam Cara memasak: 1. Uli tepung, marjerin, telur dan air garam sehingga menjadi doh. 2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan menjadi nipis. 3. Campurkan sedikit air dengan tepung ubi untuk disapukan di atas tepung tadi, gulung dan dipotong menyerong. Canaikan nipis sekali lagi. 4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. 5. Boleh dimakan begitu saja (bagi yang tidak suka manis) atau ditabur gula halus.

:: UBI REBUS KELAPA PARUT ::

BAHAN-BAHAN: 3 batang ubi kayu | dibuang kulit dan dipotong ½ biji kelapa | diparut Air secukupnya untuk merebus Garam secukup rasa

CARA MEMASAK: 1. Rebus ubi kayu bersama garam secukup rasa sehingga empuk. 2. Apabila telah masak, angkat dan taburkan kelapa parut di atasnya. 3. Sedia untuk dimakan.

:: DAGING HITAM MANIS BERLADA ::

BAHAN-BAHAN: 300gm daging | dipotong nipis 50gm bawang merah 2 ulas bawang putih 20gm cili kering 2sm halia 1 biji bawang besar | dipotong bulat 2 biji cili hijau | belah dua 125ml kicap manis 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 2 batang kulit kayu manis 125ml minyak masak Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK: 1. Bersihkan daging dan toskan airnya. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga berbau harum dan garing. 3. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga mendidih. 4. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 5. Kecilkan api dan biarkan hingga daging lembut.

:: RENDANG AYAM KAMPUNG ::

BAHAN-BAHAN: 500gm ayam kampung (dibersihkan dan ditoskan) 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 sm halia 2 batang serai 4sm kunyit segar 3 sudu besar pes cili 2 sudu besar kerisik 1 helai daun kunyit 2 keping asam gelugur Gula melaka dan garam Minyak untuk memasak Sedikit santan jika perlu

CARA MEMASAK: 1- Bahan-bahan yang telah dikisar menggunakan CHOPPER 002 OK diketepikan. 2- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini hingga wangi. Masukkan pes cili, kerisik, bahan hiris, gula dan garam. Kacau rata. 3- Masukkan ayam dan kaup balikkan biar rata. Biar hingga ayam masak dan lembut. 4- Tambah sedikit santan jika perlu dan biar hingga kering.

:: JUS EPAL GARDEN ::

Bahan-bahan: 4 biji epal hijau segar 90ml susu segar 15ml sirap gula Cara memasak: 1. Potong epal kecil dan masukkan ke dalam pengisar. 2. Tuangkan susu bersama sirap gula dan kisar lagi hingga sebati. 3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia dinikmati.

:: BUBUR KACANG HIJAU PANDAN ::

Bahan-bahan:

300gm kacang hijau | dibersihkan dan direbus

100gm gula pasir

250ml santan

200ml air gula Melaka

2 helai daun pandan | dikoyak dan disimpulkan

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan kacang hijau yang telah direbus ke dalam periuk.

2. Kemudian masukkan santan bersama air gula Melaka, gula pasir, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau sebati.

3. Kecilkan api dapur agar santan tidak pecah minyak.

4. Perasakan.

5. Akhir sekali, padamkan api dan angkat. Hidangkan bersama roti putih.

:: SAMBAL JANTUNG PISANG ::

Bahan-bahan:

1 biji jantung pisang

10 ekor udang sederhana besar

5 biji bawang merah

3 helai daun limau purut

1 biji cili merah

3 biji limau kasturi | ambil jusnya

3/4 sudu makan sambal belacan

200ml pati santan

¾ sudu makan gula

Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus jantung pisang hingga lembut dan kemudian hiris halus.

2. Kemudian masak santan bersama udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa dan biarkan hingga mendidih.

3. Kacau perlahan-lahan dan tutup apinya apabila udang bertukar warna. Ketepikan.

4. Satukan bahan hiris bersama hirisan jantung pisang. Gaulkan rata.

5. Tuang santan yang dimasak dan perahkan jus limau di atasnya. Gaulkan hingga sebati.

6. Sedia dinikmati.

:: SUP SAYUR ::

Bahan-bahan:

50gm lobak merah | hiris nipis bulat

80gm cendawan tiram | rendam dan potong kecil

1 paket jagung muda | dipotong serong

80gm bebola ikan | dibelah dua

1 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

Garam secukup rasa

Bahan perasa secukupnya

Air secukupnya

Hiasan:

Bawang goreng dan daun sup secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang yang dimayang halus tadi sehingga kekuning-kuningan.

2. Masukkan air, lobak merah dan jagung muda. Biarkan ia empuk seketika

3. Selepas itu masukkan cendawan tiram dan bebola ikan. Kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan bahan perasa dan garam secukup rasa. Kacau.

5. Angkat dan hidangkan ketika ia masih panas.

>