Khamis, 25 Jun 2009

For the last 3 days,i was bz collecting articles about staying friends with ex.It's bcoz' my friend was really in dilemma when her ex wanted to be friend after he broke up their relationship.I just couldn't believe it.After breaking up her heart,he said he wanted to remain friends.It seems that he has no guilt at all by offering a friendship. I was worried about her of accepting that offer as she still has that feeling towards him.She wants to be friends with him in hoping he will take her back & give her a second chance.She said she keeps on remembering him.She can't forget him. I don't want to make a decision for her as this is her life.I don't want to be blamed in the future. I tried my best to give her my thoughts & experts advice about this so that she can make up her mind.I don't want her to regret in the future.All the best to her.Good luck.

SEKSI

Seksi tanpa perlu seksi

SEMAKIN si dia mencintai dirimu, makin seksi pula kamu pada pandangannya. --------------------------------------------------------------------------------

TIDAK perlu mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk mencapai tahap keghairahan si dia terhadap diri kamu. Lupakan sejenak tentang pakaian malam berpotongan seksi, berkain nipis yang hanya menutupi kawasan titik sensitif, meniru adegan filem lucah atau aksi provokatif nan seksual bagi membuatkan dirinya terasa begitu berdesis. Untuk itu, beberapa pakar seksualitinya telah melakukan kaji selidik untuk melihat perkara yang perlu dilakukan seorang wanita agar dirinya kelihatan seksi di mata suami. Penerimaan pendapat, analisis intonasi suara dan menghitung tahap orgasma (kemuncak kenikmatan seksual) merupakan langkah yang dijalankan dalam kajian tersebut. Keputusannya, terdapat lima perkara yang pasti membuat si wanita itu menjelma sebagai makhluk paling seksi di mata lelaki 1. Saat tersenyum dan saling memandang
Menurut satu kajian penelitian di Universiti Scotland, saat kamu tersenyum tulus sambil memandang mata seorang lelaki, wajah kamu akan dipandang dua kali lebih menarik daripada saat kamu memandang si dia tanpa secubit senyuman. Pandangan mata penuh rahsia dan erti yang kamu berikan itu juga menjadi penyampai pesanan yang lebih efektif. Saat dia menerima pesan kamu itu, jantungnya dengan tiba-tiba akan berdegup lebih kencang, bak dilanda satu kejutan hebat. 2. Saat menggunakan bahasa tubuh
Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang psikologi dari Universiti Webster, Monica Moore, pada tahun 1985, sudah terungkap bahawa kamu dikategorikan sebagai perayu terulung dengan hanya menggunakan bahasa tubuh. Misalnya, dengan sengaja membelai rambut atau membasahi bibir saat berhadapan dengannya. Manakala, kaum lelaki dalam kajian yang dilakukan oleh Moore pula mengaku bahawa mereka akan memahami erti bahasa tersebut dan menganggapnya sangat seksi. Tetapi, bagaimana pula jika kamu dikategorikan sebagai seorang yang pemalu? Pilihlah zon yang selesa, misalnya jika kamu berasa nyaman ketika berada di kafe, jangan ragu untuk melemparkan isyarat kepadanya di tempat ini. 3. Saat kamu dilihat sedang berdiet
Lupakan niat untuk memiliki bentuk tubuh yang menggoda ala selebriti tersohor. Tetapi jangan pula membiarkan bentuk tubuh anda tidak terhaga. Ini kerana, ternyata si dia tidak begitu menyukainya. Penelitian yang dilakukan oleh para pengkaji seksualiti dari Universiti Texas menunjukkan bahawa kaum lelaki lebih memilih wanita dengan badan yang sederhana, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Menurut pakar psikologi, Devendra Singh, lelaki memilih seperti itu disebabkan minda mereka telah dipengaruhi oleh psikologi evolusi. Bagi mereka, wanita yang bertubuh gempal dianggap sihat dan lebih subur. 4. Saat sedang subur
Saat sedang berada pada waktu subur, kamu dilihat lebih seksi di mata si dia. Waktu perhubungan keintiman kedua-dua pasangan sangat penting kerana ia akan lebih berkesan dibuat semasa waktu ovum subur. Pasangan harus melakukan hubungan seks tiga kali seminggu sewaktu ovulasi sedang aktif. Oleh itu, kadar estrogen yang naik sebelum ovulasi, kulit akan dilihat lebih kenyal. Selain itu, tubuh kamu juga akan mengirimkan isyarat, 'ini adalah waktu sesuai aku melakukan hubungan seksual'. 5. Saat kamu wanita paling dicintainya
Semakin si dia mencintai diri kamu, makin seksi kamu pada pandangannya. Penelitian telah menunjukkan bahawa semakin kita kenal, suka, dan menghargai seseorang, semakin itu jugalah dia menarik jiwanya untuk menyintai kita sepenuh hati dan raganya.

LELAKI LEBIH BERAHSIA

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami. Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka. Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka. Sifat lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu. Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi. Lelaki pentingkan kejujuran Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga. Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya. Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian. Lelaki juga mahukan sokongan Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ." Sahabat yang paling baik Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda. Lelaki mesra tanpa emosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis. Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

SUNDAY, NOVEMBER 9, 2008

Bosan hidup membujang

MEMBUJANG lama-lama bagaikan sebuah fasa yang indah dalam sejarah hidup seorang lelaki kerana tanpa sebarang ikatan dan menikmati kebebasan sepenuhnya. Namun, bukan semua yang inginkan kebebasan dalam hidup apatah lagi apabila mula memikirkan untuk menamatkan zaman bujang. Ada lelaki berasakan sudah sampai masanya meninggalkan zaman berfoya-foya itu demi perubahan hidup yang lebih baik. Bukan itu saja alasannya, bahkan kebanyakan memilih jalan menamatkan zaman bujang atas faktor tertentu sama ada sudah puas membujang atau sebaliknya. Cuba kita selidiki mengapa lelaki mula memikirkan untuk berkahwin. Apakah kerana dia benar-benar bersedia, sudah puas ‘mencipta dosa’ atau sudah sampai seru untuk berumah tangga? Pelengkap hidup. Lelaki berasakan setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kedudukan kewangan mencukupi dan memiliki pasangan serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan. Hidup lebih terurus. Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya. Kewangan yang mantap. Dia sudah mempunyai sumber kewangan tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai. Bosan hidup membujang. Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah penyelesaian terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar daripada situasi kebosanan. Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan, lama-kelamaan dia rasa hidupnya kosong tanpa wanita di sisi. Terlalu mencintai. Saat rasai cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin kuat untuk memiliki kekasih paling disayanginya. Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang perlu ditempuhi adalah bernikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak berpenghuni. Sudah bersedia. Dari segi mental dan fizikalnya, dia rasa sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan. Ingin memiliki keturunan. Seperti wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan. Cepatkan hubungan intim. Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim. Secocok. Saling melengkapi, mempunyai minat dan hobi sama, tahu sikap masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan antara anda berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain anda, kekasih sejati. Desakan orang tua. Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Ini antara lain kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya. Desakan kekasih. Lelaki akan berasa tercabar jika mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia. Tetapi ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati tanpa ada sebarang alasan.

I HAVE A DREAM

Kongsi mimpi indah anda
MIMPI adalah gambaran, pemikiran dan perasaan yang dialami ketika kita tidur dan ini berkait rapat dengan tidur gerak mata cepat. Kandungan dan tujuan biologi mimpi tidak dapat difahami sepenuhnya, walaupun topik ini mendapat perhatian umum sejak berabad lamanya. Kajian saintifik mengenai mimpi dipanggil sebagai oneirologi. Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan sekolah, dikejar, berlari dengan perlahan, seakan-akan terjatuh, datang lambat, seseorang yang masih hidup tiba-tiba mati, gigi tercabut dan saat memalukan. Menariknya, hanya 12 peratus daripada kita yang pernah bermimpi dalam hitam putih. Ada orang berpendapat mimpi itu mainan tidur semata-mata, namun ada juga yang mengambil perhatian serius terhadap mimpi mereka. Katanya, mimpi memberikan semacam satu petunjuk dalam meneruskan kehidupan. Berikut serba sedikit mengenai makna mimpi (ini hanya tafsiran dan ketepatannya tidak diyakini seratus peratus): Labah-labah - Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan. Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda. Tingkap - Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta. Air - Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai. Ular - Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang. Sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda. Wang - Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit. Mimpi menyebar wang, bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang. Topi - Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda. Terbang - Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga. Kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda. Salji - Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda. Itu antara maksud tertentu dalam mimpi, sama ada ingin mempercayainya atau tidak, terpulang. Tetapi, jangan pula terlalu taksub dengan mimpi kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri.

>