Sabtu, 23 Julai 2011

KAMPUNG KAMPUNG KIMARAGANG WAJAR DILIHAT SEBAGAI WILAYAH KIMARAGANG

Written by Media Kimaragang on Thursday, 21 July 2011 10:37   
Genting Highland, Pahang, 21 Julai, 2011: Bangsa Kimaragang wajar diurus sebagai satu unit. Dengan berbuat demikian, bangsa Kimaragang dapat diurus secara menyeluruh. Demikian dinyatakan Haji Janathan Kandok, Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia ketika dihubungi Tabar Kimaragang. Menurut Janathan, jika bangsa Kimaragang dilihat secara berasingan banyak aspek yang terlepas pandang dan lebih malang bangsa ini mungkin difahami seperti orang buta cuba mengenali seekor gajah. " Kita mesti lihat bangsa ini secara menyeluruh supaya tiada aspek yang terlepas pandang. Jangan seperti orang yang tidak pernah tengok gajah cuba mengetahui haiwan itu melalui orang buta, tentulah tidak dapat gambaran yang tepat, " katanya. Beliau berkata jika Kimaragang membiarkan dirinya dalam lingkungan kampung dan enggan mengaitkan dirinya dengan dunia luar maka kekallah bangsa ini berstatus kecil, sebaliknya jika setiap Kimaragang dalam sesuatu kampung mengaitkan dirinya dengan Kimaragang di setiap kampung Kimaragang di seluruh Malaysia maka dengan mudahnya tergambar dalam minda Kimaragang betapa bangsa ini mempunyai sebuah Wilayahnya sendiri sebagai tanah tumpah darah. Menurut Janathan lagi, jika majoriti Kimaragang dapat melihat Wilayah Kimaragang melebihi kegunaannya sebagai tempat tinggal semata-mata maka bangsa ini dapat diurus dengan mudah terutama dalam konteks pembangunan tanah. Katanya lagi, jika Wilayah Kimaragang ini diurus sebagai satu unit maka bangsa Kimaragang akan menjadi pengeluar hasil pertanian yang penting di rantau ini.

Rombongan Ke Kuala Lumpur

Written by Media Kimaragang on Tuesday, 19 July 2011 11:00   

Oleh: Nazri Abdullah
Mesyuarat Perhimpunan Bangsa Kimaragang memutuskan bahawa Tetamu Kehormat dan Perasmi Sambutan ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Menurut Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia merangkap Penasihat Perhimpunan Bangsa Kimaragang Malaysia, Tuan Janathan bin Kandok , keputusan ini mengambil kira gagasan 1Malaysia yang dicetus sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa sebelum perhimpunan itu, satu rombongan akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri sekali gus menyerahkan memorandum beberapa persatuan yang ada sekitar Kudat, Kota Marudu dan Tandek.
Sementara itu, satu pertemuan yang dirancang dan akan diusahakan oleh saudara Nazri dan saudara Jasni dari Media Tabar Kimaragang iaitu pertemuan antara Persatuan Rungus ( SAMORA ) dan Tabilung dengan pertubuhan dan persatuan Kimaragang akan diadakan dalam masa terdekat . Pertemuan ini diadakan untuk perbincangan, pertukaran fikiran dan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin persatuan yang ada, sekaligus mencapai kata putus sepadu yang juga diharap akan dapat menguatkan lagi kesatuan persatuan-persatuan yang wujud di Utara, Sabah. Kenyataan ini dijelaskan beliau dalam pertemuan baru-baru ini di Kota Marudu.
Selain itu, tambah beliau lagi, satu seminar yang akan membincangkan isu tanah di wilayah Kimaragang juga akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada Ogos depan. Tujuan pelaksanaannya adalah untuk mengenalpasti tanah adat yang menjadi pertikaian beberapa pihak sebelum ini.

>