Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian Online | Wanita perlu bertindak

Oleh Nor Affizar Ibrahim affizar@bharian.com.my 2011/03/14

Dr Noorul Ainur (berdiri tujuh dari kanan) bersama selebriti yang menjayakan koleksi cerita Lipstick & elbrowGREASE pada majlis pelancaran kempen

Kecapi kebahagiaan dan kesejahteraan KINI sudah tiba masanya wanita bangkit dan bertindak untuk mendapatkan apa yang diinginkan serta dirasakan perlu untuk kesejahteraan dan perubahan pada dirinya. Melepaskan keluhan dan menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa ada sebarang tindakan dilakukan, sudah tidak begitu bermakna lagi.
Seiring dengan sambutan 100 tahun Hari Wanita yang diraikan tahun ini, wanita patut menggunakan pengaruh, kreativiti dan daya inovatif mereka secara bijak serta efektif untuk mengilhamkan perubahan dan merealisasikan apa yang ingin dicapai. Wajar diakui, wanita masa kini mempunyai peranan lebih besar dalam membentuk masa depan dunia. Tema sambutan tahun ini, “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita” seharusnya menjadi pembakar semangat untuk wanita bertindak dan mendapatkan apa yang diinginkan serta dicapai. Ketua Kakiseni, Low Ngai Yuen turut sependapat dan berkata, setiap wanita mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengubah apa yang tidak disukai atau memuaskan hatinya. Ngai Yuen berkata, sebelum ini wanita mungkin boleh bersuara dan meluahkan isi hatinya tetapi kini adalah lebih baik menggunakan kekuatan dalam diri bagi mengubah persekitaran yang tidak menyenangkan. “Contohnya, jika di tempat kerja apabila seorang wanita mungkin tidak puas hati dengan bayaran gaji rendah diterimanya atau kedudukan pangkat, dia perlu melakukan sesuatu. Jika wanita terbabit berasa dirinya layak dan berhak mendapat lebih daripada sepatutnya, dia tidak perlu teragak-agak melakukan sesuatu untuk mengubah senario itu. “Selain melakukan kempen, wanita itu boleh bertindak cara lain bagi mengubah persekitaran dan dia sememangnya mampu berbuat demikian. Begitulah juga dalam isu lain membabitkan wanita seperti penderaan, keganasan rumah tangga dan sebagainya, wanita terbabit perlu lakukan sesuatu dan jangan biarkan ia terus berlaku pada dirinya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Women:100 sempena Hari Wanita, baru-baru ini. Kempen Women:100, yang berlangsung selama sebulan dianjurkan Kakiseni dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta, bertujuan memperingati dan memberi penghormatan kepada perjuangan wanita. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Tambah Ngai Yuen, sekadar meluahkan perasaan dan membuat aduan tidak cukup kerana dunia pada masa kini semakin mencabar. Wanita perlu melakukan sesuatu tetapi bersesuaian dengan norma hidup masyarakat di negara ini. Mengenai kempen Women:100, beliau berkata, acara persembahan seni selama 100 jam itu diharap dapat meningkatkan kesedaran, memupuk persefahaman, memperingati dan menyanjungi kejayaan wanita, sekali gus meningkatkan seni persembahan. Kempen bermula 8 Mac dan diisi dengan program berbentuk teater, bengkel, tarian, muzik, penulisan, bacaan, mini konsert dan bertukar pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan dipertontonkan sepanjang Mac dan setiap satu mempunyai penekanan unik mengenai cara meraikan kejayaan dan memperkasakan wanita. Pada majlis pelancaran kempen, ceritawara khas berjudul, Lipstick & elbrowGREASE arahan pelakon terkenal, Ida Nerina turut dipersembahkan kepada hadirin. Ceritawara yang mengetengahkan lapan koleksi cerita itu menyampaikan beberapa mesej penting yang tersirat. Antaranya, memberi peringatan kepada masyarakat supaya menyanjung keupayaan tinggi wanita dengan kasih sayang, penuh kepercayaan dan tiada diskriminasi. Mesej lain ialah menyuntik kesedaran, bahawa setiap wanita mempunyai keupayaan dan kelebihan masing-masing biar siapa pun diri mereka. Selain itu, ia turut mengingatkan wanita walaupun mereka pernah melalui kehidupan suram, kebahagiaan diri masih boleh dicapai tetapi mereka perlulah membentuk kekuatan dalam diri sendiri untuk berdepan segala cabaran.

Tiada ulasan:

>