Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian Online | 49 murid terperangkap dalam gu

2011/03/14

 ANGGOTA bomba membawa keluar murid yang terperangkap dalam gua di Jerantut, kelmarin.

JERANTUT: Sekumpulan 49 murid sekolah rendah dan 10 guru pengiring warga Singapura yang terperangkap dalam sebuah gua di Kompleks Gua Kota Gelanggi, berikutan laluan keluar ditenggelami air berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Jerantut lewat petang kelmarin. Kumpulan murid berusia tujuh tahun itu, bersama guru pengiring dan pemandu pelancong melakukan aktiviti eksplorasi ke dalam beberapa gua bermula jam 10 pagi dan tiba di Gua Penyu kira-kira 2 petang.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Jerantut, Yahaya Hanafi berkata, lapan anggota bomba dengan satu jentera bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada kumpulan pelancong itu. Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, operasi menyelamat itu bermula kira-kira jam 3 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.30 malam. “Kedudukan gua tempat kumpulan itu terkandas dengan laluan keluar utama hanya sejauh 200 meter, tetapi sukar dilalui kerana paras air meningkat hampir dua meter. “Kami terpaksa menggunakan kaedah menyelamat menggunakan tali, kerana bot bomba tidak dapat masuk ke dalam kawasan gua yang sempit, " katanya di sini semalam. Yahaya berkata, kumpulan murid itu dibawa keluar secara berperingkat dalam kumpulan kecil. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kumpulan pelancong yang ingin melakukan aktiviti di lokasi pelancongan dinasihatkan memaklumkan kepada pihak polis.

Tiada ulasan:

>