Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian Online | Kesan radioaktif tak sampai ke Malaysia

2011/03/14

  • Foto

    PELAJAR dan penduduk mencari makanan dan barang yang ditenggelami banjir akibat tsunami.

  • Foto

    PASUKAN keselamatan memeriksa kesan radiasi di tubuh seorang penduduk terselamat.

KUALA LUMPUR: Saintis nuklear tempatan mengesahkan kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang didakwa mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu, tidak akan sampai ke Malaysia. Ini berdasarkan faktor mekanik aliran udara dan jarak antara lokasi kejadian dengan negara ini yang jauh.
Saintis nuklear, Prof Datuk Dr Proom Promwitchit, berkata kesan radioaktif itu tidak akan sampai ke Malaysia kerana suhu ketika kejadian tidak terlalu tinggi, menyebabkan kepulan asap radioaktif itu tidak naik terlalu tinggi ke ruang atmosfera, sekali gus mengurangkan radius kawasan impak. Pakar dalam bidang keselamatan nuklear dari Kolej Universiti Masterskill itu berkata, keadaan cuaca sejuk di Jepun pada ketika ini juga membendung kepulan radioaktif daripada merebak lebih jauh. “Mengikut hukum fizik mekanisme pengaliran udara, udara sejuk akan menggantikan udara panas yang akan naik ke atas. Suhu yang tidak terlalu tinggi juga mengurangkan radius kawasan impak kepulan asap radioaktif. Tiada kemungkinan ia sampai ke sini,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor 3 loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda Jepun. Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co’s (TEPCO), terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian, menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Proom berkata, berdasarkan analisis awal, suhu di loji nuklear Daiichi Fukushima, ketika kejadian, adalah lebih rendah berbanding insiden letupan loji nuklear di Chernobyl. Katanya, seperti loji nuklear yang mengalami evolusi dari segi tahap keselamatan, loji nuklear Daiichi Fukushima itu juga akan ditutup secara automatik apabila berlaku aktiviti seismik (gempa bumi) untuk meminimumkan kebocoran radioaktif dari teras bahan api nuklear. “Saya pasti Kerajaan Jepun akan berusaha mengawal situasi yang menarik perhatian dunia, termasuk Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:

>