Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian Online | Syor 'payung PDRM' di sekolah

2011/03/14

SEJAK akhir-akhir ini, kes jenayah di sekolah semakin menjadi-jadi. Perkara ini amat mengejutkan apabila terdapat segelintir guru turut terbabit dengan salah laku disiplin seperti melakukan jenayah seksual terhadap pelajar, seperti dilaporkan baru-baru ini. Selain itu, pelajar dilihat semakin berani apabila tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas, lantas menarik dan membelasah rakan mereka yang sedang belajar.
Kejadian demi kejadian ini secara tidak langsung mewujudkan persekitaran tidak selamat di sekolah. Saya berpendapat konsep ‘payung Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)’ yang diguna pakai oleh pihak PDRM wajar diwujudkan di sekitar kawasan sekolah yang mempunyai masalah disiplin pelajar serta kes jenayah yang tinggi. Menerusi penempatan beberapa anggota polis membuat pemantauan rutin secara berkala, maka salah laku disiplin seperti ponteng, merokok, samseng, cabul serta kecurian motosikal dan juga basikal pelajar dapat diatasi. Selain itu, pelajar menjadi mangsa jenayah di sekolah dapat terus mengadu kepada pihak polis yang bertugas. Diharapkan pandangan ini dapat dipertimbangkan serta diperhalusi. MOHD SAIPUDDIN SULIMAN, Puncak Alam, Selangor.

Tiada ulasan:

>