Isnin, 25 Julai 2011

KIMARAGANG BANGSA YANG MATANG

Written by Media Kimaragang on Sunday, 24 July 2011 19:36   
Kota Marudu, 23 Julai, 2011: Kimaragang adalah bangsa yang matang. Demikian dinyatakan oleh Haji Janathan Kandok, Presiden Kimaragang Malaysia. Beliau berkata demikian dalam mesyuarat ketiga Jawatankuasa Induk Perhimpunan Bangsa Kimaragang di salah sebuah hotel di Kota Marudu. Menurut Janathan, bangsa Kimaragang boleh dianggap matang kerana dalam keadaan negara aman bangsa ini cepat bersatu hanya dengan sedikit masalah. " Bangsa Kimaragang matang. Dengan sedikit masalah kita sudah bersatu. Bangsa lain di luar negara hanya bersatu sesudah negara mereka ditimpa musibah seperti pembunuhan atau mempunyai pemerintah yang kejam," katanya. Menurutnya, dalam keadaan negara amanlah bangsa harus bersatu untuk pembangunan bangsa dan negara. Beliau yang juga Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menyeru supaya Kimaragang terus berusaha mencapai visi yang ditetapkan kerana usaha berkenaan adalah dipandang mulia. " Kita adalah dari lurah yang dalam dan ingin mencapai puncak yang tinggi. Kita pasti berjaya selagi komited dengan visi Kimaragang, menjadikan Kimaragang bersatu padu, maju dan menarik. Jika pun kita gagal mencapainya, itu adalah lebih mulia daripada berdiam diri." Perhimpunan Bangsa Kimaragang akan diadakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang inginkan setiap bangsa bersatu padu untuk kebaikan bersama. Perhimpunan berkenaan adalah kesinambungan daripada perhimpunan keluarga
Kimaragang yang diadakan dalam tahun 2009. Perhimpunan itu yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan dihadiri 2,000 orang.

Tiada ulasan:

>