Jumaat, 29 Julai 2011

JANGAN KELIRU ATAS TIGA PERKARA

Written by Media Kimaragang on Friday, 29 July 2011 03:43   
Kota Kinabalu, 29 Julai, 2011:  Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia menasihatkan bangsa Kimaragang supaya tidak keliru dengan tiga perkara, iaitu politik, agama dan bangsa. Menurutnya, terdapat segelintar bangsa Kimaragang yang terlalu degil dengan tindakannya yang difikirnya sesuai tanpa memikirkan apakah tindakan itu betul dari segi agama dan bangsanya.  Bagi individu-individu berkenaan, apa juga tindakannya adalah bermotifkan politik. Ini tidaklah mengejutkan kerana pemikiran kita dijajah oleh politik. Bagi negeri Sabah yang hanya mempunyai penduduk kurang dari 3 juta, mempunyai 12 buah parti politik sudah cukup mempengaruhi pemikiran dan tindakan rakyat Sabah. Jika kita lihat 12 parti politik ini dalam konteks bangsa Kimaragang di Wilayah Kimaragang maka tidak dapat disangkal betapa pemikiran rakyat amat dikuasai ideologi politik. Kerana, 12 parti politik ini mempunyai visi dan falsafah masing- masing maka sudah pasti bangsa Kimaragang menjadi begitu kaya dengan ideologi politik. Kemunculan parti- parti politik  ini bermula seawal tahun 60'an dan jika seorang itu lahir dalam tahun berkenaan sudah tentu sudah berusia sekitar 50 tahun.
Dengan kata lain, individu berkenaan membesar bersama ideologi politik yang saling bertukar. Katanya, jika ideologi politik itu meresap dalam jiwa individu yang bijak maka ideologi itu dapat dimanafaatkannya dalam konteks yang tepat seperti membangunkan Wilayah Kimaragang atau sekurang- kurangnya dapat mengasah kemahiran supaya sentiasa disukai orang dan menolak sikap permusuhan. Katanya lagi, malang bagi bangsa ini jika politik menguasai agama atau kepercayaan atau tatasusila bangsa Kimaragang. Jika ini berlaku maka nilai yang terkandung dalam agama atau kepercayaan dan tatasusila bangsa ini yang memang sudah mendap dalam jiwa bangsa Kimaragang akan tergugat. Jika nilai politik yang nakal menguasai nilai agama atau kepercayaan atau tatasusila maka ini akan mengakibatkan perbalahan kerana apapun yang dilihatnya menjadi suatu ancaman kepadanya padahal jika diteliti dengan saksama sedikit pun tidak membawa apa- apa kerugian kepada mereka.  Ini adalah strategi politik yang menjadi kebangaan ahli politik. Menurut Janathan, semua pihak wajarlah meletakkan " kekayaan ideologi politik" yang mereka miliki dalam konteks kepentingan bangsa, agama atau kepercayaan. Hanya dengan cara ini, Wilayah Kimaragang dapat membangun cepat, dalam suasana aman dan damai. Menurutnya lagi, sepatutnya nilai agama atau kepercayaan adalah asas panduan untuk berjuang dalam politik kerana politik adalah umpama api yang mengganas manakala, agama atau kepercayaan dan tatasusila adalah umpama air yang boleh mengawal api daripada memusnahkan bangsa dan Wilayah Kimaragang.

www.kimaragang.com

Tiada ulasan:

>