Sabtu, 26 Februari 2011

BENAR

Bumi ini adalah persinggahan dan kita pula adalah musafir yang menumpang sekejap. Perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangkakan kerana ia penuh dengan ujian tidak disangka-sangka. Antara hidup dan mati, insan tidak punya pilihan kerana kedua-duanya perlu dilalui. Tiada istilah syurga dunia melainkan di dalamnya ada neraka dunia. Manusia datang dan pergi di dunia ini kerana masa tidak pernah bertangguh untuk menjemput. Janganlah mencintai dunia ini kerana ia terlalu rapuh untuk dimiliki. Jagalah imanmu kerana itulah satu-satunya harta paling berharga yang akan engkau bawa mati. Tiada manusia yang benar-benar kaya melainkan semuanya hanya meminjam sekejap. Dunia ini umpama lautan, sesiapa yang lalai akan tenggelam.

Tiada ulasan:

>