Sabtu, 26 Februari 2011

BAHAGIA

Kebahagiaan adalah hak setiap insan. Oleh itu kita sebagai insan perlu menjemput kebahagiaan itu agar ianya hadir ke dalam hidup kita. Seiring dengan itu tentu ada satu tanggungjawab yang sangat mustahak untuk dilakukan agar kebahagiaan itu benar-benar kekal untuk kita miliki. Dan tanggung jawab bagi mereka yang inginkan kebahagiaan adalah membahagiakan orang lain. Maka orang yang tidak mahu menunda kebahagiaan dirinya, harus mendahulukan kebahagiaan orang lain agar diri sendiri pun bahagia. Marilah kita terima dengan ikhlas, bahawa kebahagiaan adalah masalah keputusan. Hidup yang berbahagia adalah untaian dari keputusan-keputusan untuk berbahagia, dari satu masa ke masa yang lain. Kita harus segera memutuskan untuk berbahagia, dan keputusan itu harus tegas. Kerana keputusan yang baik adalah keputusan berpendirian. Setelah kita putuskan untuk berbahagia, maka semua fikiran, perasaan dan tindakan kita akan terfokus kepada perkara-perkara yang membahagiakan. Tegaslah untuk memutuskan bahawa :
“Waktu terbaik untuk berbahagia adalah SEKARANG”.“ Tempat terbaik untuk berbahagia adalah DISINI”. Dan “cara terbaik untuk berbahagia adalah membahagiakan orang lain”.
Jika kita belum mampu merasa bahagia, marilah kita hidup dengan cara yang menjadikan kita layak untuk berbahagia. Perasaan kita ditentukan oleh apa yang kita kerjakan dan apa yang kita hindari. Maka jangan hindari fikiran yang baik, jangan hindari perasaan yang baik dan yang penting sekali jangan hindari tindakan yang baik. Perlu diingat bahawa “Orang yang hidup hanya untuk dirinya sendiri, akan lebih mudah merasa sedih dan tidak berguna”. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menjadi sebab bagi kebahagiaan. “Tujuan hidup kita adalah menjadi sebab bagi kebahagiaan, bagi diri-sendiri dan bagi orang lain”. Marilah kita hidup untuk membahagiakan sebanyak mungkin orang lain. Mudah-mudahan kita akan dijauhkan dari kesedihan dan kita akan dimudahkan untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Tiada ulasan:

>