Sabtu, 26 Mac 2011

NASI LEMAK

3 cawan beras

2 cawan santan

2 cawan air

1/2 sb halba

1 daun pandan

1 batang serai (dititik)

1 cm halia (dihiris halus)

2 biji bawang merah (dihiris halus)

garam secukup rasa

1 sk minyak + 1 sk minyak sapi

Cara:

1.Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing

2.Masukkan air & santan, kacau hingga pecah minyak. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai & garam.

3.Pastu masak seperti nasi lemak biasa.

Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/ikan tongkol/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.

NASI AYAM

· Untuk rebus
· -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
· - 2 ulas bawang putih
· - 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
· >1 sudu besar kicap pekat
· >1 sudu besar sos tiram
· >1cm halia
· >2 ulas bawang putih
· >sedikit kicap cair
· Untuk nasi
· - 5cwn beras
· - 3 sudu besar butter
· - 1cm halia- ditumbuk
· - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
· - air rebusan ayam tadi secukupnya
· - sedikit garam.
· Bahan sos
· > 5biji cili merah
· > 5 ulas bawang putih
· > 2cm halia
· > 1 sudu teh cuka, garam, gula
· > 1/2 cawan air
· Untuk sup
· @lebihan air rebusan ayam
· @1 biji bawang besar kisar
· @rempah sup
· @garam
· @daun sup yg dihiris.
Cara-cara
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

NASI AYAM HAINAN

1- Seekor ayam (basuh dan keringkan). 2- Secebis halia (diketuk). 3- 2 sudu teh garam. 4- Minyak bijan. 5- Seulas bawang putih (dihiris halus). 6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus). 7- Setengah kilo beras wangi. 8- Daun pandan. 9- 2 sudu besar minyak.

Resepi kuah hitam:

Satu sudu teh gula, satu sudu teh serbuk seasoning, satu sudu teh minyak bijan, 2 camca sos soya (light), 200ml stok ayam. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Resepi kuah cili:

100g halia, 50g bawang putih, 50g bawang merah, 200g cili merah, 5 biji limau kasturi (diperah jus), gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Cara cara:

  1. Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
  3. Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
  4. Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
  5. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
  6. Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
  7. Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.

Berita Harian Online | Bergelap sejam tanda sokong Kempen Earth Hour

2011/03/26

KUALA LUMPUR: Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama akan bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011. Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.
Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim. Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit. “Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah. “Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang. Pihak Maybank pula akan memadamkan lampu di bangunan Menara dan Dataran Maybank serta semua pejabatnya di seluruh dunia sepanjang tempoh sejam berkenaan. Program sama mendapat sokongan Komuniti Kota Damansara, Selangor, yang akan berkumpul di ruang legar Sunway Giza Dataran Sunway untuk bergelap bersama jam 8.30 malam ini. Aktiviti yang dicetuskan kumpulan pelajar berusia 15 tahun ini adalah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Local Agenda 21, Businesses of Kota Damansara dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Pada peringkat pusat pengajian tinggi awam, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Pelajar Antarabangsa juga UPM, akan berkumpul di Kompleks Mahasiswa jam 8 malam ini.

>