Sabtu, 22 Oktober 2011

DUGAAN MELANDA (1)

(HARI PERTAMA) 22.10.2011 - (Sabtu) aku dan abang ku Opin bergegas mengambil penerbangan ke Johor Bahru kerana tiba-tiba adik kami Komando Jihnawi dikhabarkan koma dan ditempatkan di Hospital Sultan Ismail. Sejak menerima sms di awal subuh, naluri ku mengatakan suatu kemungkinan yang burang baik.. Walaubagaimana pun aku bergegas balik ke kampung untuk mengkhabarkan berita ini kepada seluruh keluarga..

Tiba di Lapangan Terbang Senai, aku dan abang ku dijemput oleh anak buah kami yang menetap di Johor dan kami terus bergegas ke Hospital Sultan Ismail..

Tiba di sana, jiwa ku nanar bila melihat wajah isteri dan anak adik ku.. Hanya Tuhan yang tau bagaimana perasaanku ketika itu..

Adik ku ditempatkan di Wad ICU tingkat 5.. Aku dan abang ku dibenarkan masuk bila doktor mengetahui kami datang dari Sabah.. Tatkala masuk ke bilik di mana asik ku ditempatkan, aku mengumpul kekuatan jiwa, kekuatan semangat untuk berdepan dengan keadaannya yang terlantar koma tanpa sedar.. Air mata ku mula gugur.. aku mengucup dahi adik ku dan membisikkan ditelinganya bahawa aku sudah datang.. Datang untuk memberikan semangat padanya untuk melawan sakit yang dihadapinya..

Doktor mengatakan bahawa kemungkinan adik ku mengalami 'kematian otak' berdasarkan kepada simptom2 yang ditunjukkan olehnya. Walaubagaimana pun mereka tidak boleh membuat pengesahan sebelum ujian dilakukan ke atas adik ku...

Malam itu kami ke rumah anak buah untuk tidur di rumahnya.. 

Tiada ulasan:

>