Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 12:28 |
![]() Sandakan, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang lambat kuat kerana lambat muncul dengan namanya sebenar. Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok ketika dihubungi wartawan Media Kimaragang Online hari ini. Menurut Janathan, beratus tahun bangsa ini tampil dengan nama klasiknya, bangsa Dusun dan kemudian Kadazandusun, terlupa nama sebenar bangsa yang mendiami Tandek dan Pitas, ialah bangsa Kimaragang. Menurut Janathan, sesuatu etnik kecil wajib tampil dengan nama sebenarnya supaya identitinya tidak tenggelam dengan etnik besar dalam rumpun yang sama. Jika etnik itu mempunyai tanah tumpah darah maka etnik itu layak dipanggil sebagai bangsa. Malangnya, kerana berasa tidak yakin, etnik kecil itu terus berpaut pada rumpun besar beratus tahun lamanya. Katanya lagi, zaman untuk etnik kecil berpaut pada nama rumpun besar sudah tidak releven lagi dan etnik kecil wajib bangkit dengan namanya sendiri. |
timbul jika etnik kecil muncul dengan nama sendiri,
Janathan berkata, " Tidak ada masalah sebab kita bukan
tidak mengaku orang Kadazandusun. Kita hanya mahu dikenal
sebagai bangsa Kimaragang sahaja. Malahan surat lahir
kita tetap bangsa Dusun atau Kadazan." Menurut Janathan,
jika bangsa Kimaragang kekal muncul sebagai orang
Kadazandusun maka banyak peluang terlepas yang
sepatutnya hak bangsa Kimaragang tetapi jatuh ke
tangan pihak yang bukan berhak dari segi moral dan etika.
Keadaan ini, tambahnya, dapat dielakkan jika
bangsa Kimaragang tampil dengan nama sebenar, Kimaragang.
SUMBER : www.kimaragang.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan