Selasa, 7 Jun 2011

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIANNYA.

1.0 PENDAHULUAN:

Kajian kali ini akan menyentuh isu yang berkaitan dengan cara-cara atau langkah-langkah yang lazimnya diaplikasikan oleh ahli sejarah dalam menentukan dan memastikan sesuatu sumber yang digunakan. Isu kesahihan sumber merupakan suatu isu yang penting dan dipandang serius oleh ahli sejarah. Hal ini adalah bertujuan memastikan sumber yang digunapakai adalah sahih dan benar serta terhindar daripada sebarang pemalsuan. Justeru itu, perbincangan ini akan menghuraikan secara lebih lanjut tentang definisi sumber, faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan, langkah-langkah yang perlu digunakan dalam memastikan kesahihan sumber, contoh kes pemalsuan sumber dalam sejarah dunia dan akhirnya perbincangan ini akan ditutup dengan kesimpulan.

2.0 DEFINISI SUMBER:

Sumber mengikut Oxford English OIC adalah merujuk kepada sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, peristiwa atau siri hal-hal tersebut.[1] Manakala menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim pula, sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan, tetapi sumber juga berbeza dengan ilham yang bersifat abstrak mahupun spontan serta sumber juga membolehkan kita merujuk kembali apabila diperlui.[2] Berdasarkan definisi ini, ternyata sumber merupakan suatu unsur yang penting dalam bidang pengkajian sejarah. Hal ini kerana, tanpa sumber maka agak mustahil untuk melahirkan hasil penulisan sejarah sama ada yang bercorak politik, ekonomi mahupun sosial. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pernyataan Beneditto Croce yang mengatakan bahawa “sejarah yang tidak dikaitkan dengan dokumen adalah tidak dapat disahkan kebenarannya malah tidak boleh dianggap sebagai sejarah”.[3]Manakala sumber berdasarkan pendapat Profesor Sartono Kartodirdjo pula adalah membawa maksud dokumen, monumen, artifak, foto, tape dan lain-lain lagi selain data verbal yang berbentuk tulisan.[4]

Selanjutnya, sumber boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang juga dikenali sebagai sumber pertama merupakan sumber yang berada dalam keadaan asli, belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi serta keadaannya sendiri adalah sumber pertama yang mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku.[5] Sumber sekunder pula secara mudahnya dapat difahami sebagai tulisan atau buku yang dihasilkan oleh seseorang sejarahwan tentang sesuatu peristiwa atau seseorang tokoh dengan didasarkan kepada interprestasi atau tafsiran serta penyelidikan terhadap sumber primer.[6] Menurut Louis Gottschalk, sumber primer ialah keterangan dari saksi iaitu seseorang atau sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia ceritakan itu manakala sumber sekunder pula ialah keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian yang dia ceritakan tersebut.[7] Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh Louis Gottschalk ini dipersoalkan pula oleh Aurthur Marwick. Aurthur Marwick menyatakan bahawa sumber primer ialah bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asal, mentah dan dikatakan tidak sempurna manakala sumber sekunder pula ialah tulisan sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[8] Berdasarkan huraian di atas, dapatlah difahami sumber memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam penyelidikan sesuatu kajian sejarah.

3.0 FAKTOR KESAHIHAN SUMBER PERLU DIJALANKAN:

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan ialah bertujuan mengelakakan pemalsuan sumber berlaku.Pemalsuan sumber disini bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam suimber yang asli bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber.[9] Sekiranya berlaku pemalsuan sumber dalam sesuatu penulisan maka natijahnya akan menimpa pelbagai pihak sama ada dalam bentuk politik mahupun kemasyarakatan. Kesahihan sumber dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber sejarah.

Selain itu, aktiviti kesahihan sumber adalah perlu untuk memelihara sifat sejarah sebagai sains. Konsep sejarah yang diasaskan oleh “Bapa Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von Ranke yang berbunyi “seperti sebenarnya berlaku” (wie es eigentlich gewesen) telah membentukkan konsep pensejarahan yang dikenali sebagai sejarah yang saintifik.[10] Terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan akhirnya perlu bersifat objektif.[11] Oleh itu, dalam mencapai maksud untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang yang bersifat saintifik, maka aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan. Sekiranya aktiviti kesahihan sumber tidak dijalankan, maka ciri ketiga dalam empat ciri yang menyebabkan sejarah bersifat sains telah gagal dicapai. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan R.G.Collingwood yang mengatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis dengan saintifik kecuali sejarahwan dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan tindakan atau pengalaman orang-orang yang hendak dikaji berdasarkan sumber-sumber yang mencukupi dan benar serta asli.[12]

Selanjutnya, kesahihan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu sejarah itu mampu menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat. Empat kegunaan utama sejarah ialah guna rekreaktif, inspiratif, instruktif dan edukatif. Kegunaan sejarah dalam edukatif sememangnya memerlukan sesuatu penulisan sejarah yang berlandaskan sumber yang sahih agar matlamatnya untuk memberikan iktibar kepada masyarakat dapat dicapai. Manakala sejarah dalam kegunaan inspiratif adalah bertujuan untuk menjadikan sesuatu tokoh atau watak dalam sejarah sebagai inspirasi kepada generasi akan datang dan bukannya hanya sekadar daya imaginasi penulis. Sejarah untuk kegunaan instruktif dapat membantu dalam menyampaikan sesuatu pengetauhan tentang peristiwa silam seperti teknik pelayaran dan startegi peperangan. Ternyata untuk mencapai maksud sejarah yang dapat menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat, maka aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan dalam cara yang selayaknya.

4.0 KAEDAH PENSEJARAHAN TRADISI:

Dalam bahagian ini, saya akan mengemukan konsep dan kaedah pensejarahan yang digunapakai oleh kebanyakan sejarahwan tradisi dalam menulis karya mereka. Untuk mencapai maksud itu, saya akan menampilkan konsep dan kaedah pensejarahan yang diaplikasikan oleh “Bapa Sejarah Dunia” iaitu Herodotus dan Thucydides.Sejarahwan ini telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan bertulis dalam penulisan karya mereka. Herodotus dalam penulisannya yang berjudul “Perang Parsi” telah mengunakan kaedah temuduga dalam penghasilannya.Sewaktu beliau menulis berkenaan dengan kebangkitan Empayar Parsi, beliau telah melawat negara tersebut beserta dengan negara-negara yang dikuasainya. Hal yang sama juga diaplikasikan sewaktu beliau menulis tentang perang Parsi. Beliau telah melawat Mesir,Syria, Mesopotamia, Scythia, Cyrene dan bekas medan petempuran untuk mendapat gambaran tentang perang tersebut.[13] Semasa melawat kawasan tersebut, beliau juga telah mengkaji berkenaan cara hidup dan kebudayaan masyarakat di negara tersebut.[14]Manakala Thucydides pula telah melawat negara-negara yang bersekutu dengan Athens serta negara yang menganggotai Liga Peloponnesia semasa beliau hidup dalam buangan. Beliau dilihat telah mempraktikan kaedah yang telah digunakan oleh aliran Hippocrates iaitu memerhati sendiri fenomena-fenomena yang penting untuk mengesan sifat dan kesannya. Contohnya, beliau telah menyeledik wabak penyakit Pus yang menimpa rakyat Athens pada tahun 430S.M. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan Athens yang membahaskan tentang dasar dan taktik peperangan.[15]

Selain itu, Herodotus dan Thucydides juga menggunakan kaedah temuduga. Herodotus dan Thucydides mengatakan bahawa temuduga bukan sahaja merupakan cara yang paling berkesan untuk memperoleh bukti yang asli dan benar tetapi juga dapat memeras ingatan saksi.[16] Herodotus memperoleh sumber oral dengan menghubungi saksi-saksi tanpa mengira latar belakang politik mahupun sosial. Disamping itu, beliau juga menemui ketua politik dan tentera serta paderi di pusat keagamaan yang terkenal seperti di Dephi, Olympia, Delos dan Apollo. Di Mesir dan Babylonia, Herodotus telah mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan penduduk tempatan.[17] Manakala Thucydides pula telah menemui para pemimpin Athens yang berpengaruh seperti Pericles, Cleon dan Alcibiades. Thucydides juga telah menemui rakan-rakan dalam angkatan tentera Athens untuk mendapatkan maklumat tentang startegi dan taktik peperangan Liga Delos.[18]

Sementelahan itu, Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisan karya mereka.[19] Semasa mengkaji semula sejarah awal negara, Herodotus dan Thucydides menggunakan babad-babad yang memberi maklumat tentang asal-usul bangsa-bangsa di Yunani, Mesir, Babylonia dan Parsi. Tulisan seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran Hippocrates telah memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides tentang alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia. Thucydides juga menggunakan tes Perjanjian Perdamaian Nicias pada tahun 421 S.M.[20]

5.0 KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN:

Secara mudahnya, pensejarahan moden dilihat telah dipelopori oleh Lepold von Ranke. Beliau dilihat telah berjaya menegakkan idea Thucyidides iaitu sejarahwan perlu bersikap kritis terhadap sumber-sumber yang digunakan bagi mewujudkan kebenaran. Dalam teras kaedah sejarah Ranke, beliau membuat kenyataan tentang masa dengan menggunakan petikan dari sumber-sumber utama. Menurut Ranke,

“My understanding of ‘leading ideas’ is simply that they are the dominant tendencies in each century. These tendencies, however, can only be described; they can not, in the last resort, be summed up in a concept.”[21]

Penulisan Ranke telah menggunakan kaedah dan pendekatan yang terpisah daripada penulisan sejarah sebelumnya. Beliau sanggup menghuraikan dan mendedahkan lunas-lunas yang mendukung pendekatannya kepada sejarah melalui buku sulungnya, “Histories of the Latin and Germanic Nations from 1494-1514. Hal ini telah juga diperjelaskan oleh Tholfsen apabila membicarakan tentang pendekatan Ranke semasa menghasilkan Sejarah Eropah:

“He exploited potentialities of historian thinking primarity through the medium of narrative, which the fashioned into a formidable instrument of analysis, enabling him not only to describe sequences of events but also to show underlying forces and the contextsin which they operated….He put all his emphasis on action movement change”[22]

Ranke menekankan penulisan sejarah yang berlandaskan kepada persembahan fakta-fakta tulen demi mencapai iltizam penulisan kajian sejarah yang memaparkan kembali kejadian masa lalu sebagaimana ia benar-benar berlaku. Hal ini membawa maksud bahawa seseorang sejarahwan itu haruslah menulis secara tepat dan objektif. Menurut Ranke lagi, untuk mencapai penulisan sejarah “wie es eigentlich gewesen” (seperti sebenarnya berlaku) merupakan matlamat utama beliau dalam usaha mengenalpasti dan menghuraikan asas-asas sejarah. Bagi beliau persembahan fakta-fakta adalah satu hukum agung walaupun ianya tidak perlu ataupun tidak menarik. Sejarah menurut Ranke juga mestilah berlandaskan bukti sahih dan bukannya daya imaginasi semata-mata seperti mana yang dilakukan oleh penulis-penulis beraliran sastera.[23] Untuk mencapai maksud ini, Ranke telah mengemukakan dua pendekatan sejarah yang cukup berpengaruh iaitu kaedah “quellinkritik” atau “quellenforschung” iaitu kaedah penyelidikan saintifik dan penilaian krirtis terhadap sumber-sumber sejarah dan pendekatan yang kedua ialah historicism yang menekankan nilai sikap setiap sejarahwan dalam mengkaji sesuatu sejarah.

6.0 KRITIKAN SUMBER:

Kritikan sumber bermaksud proses penafsiran bukti iaitu satu ujian untuk mendapatkan kebenaran dan bukanlah satu pendirian yang secara mental tentang sesuatu isu. Dalam erti kata lain, kritikan sumber ialah satu proses menentukan ketulenan sesuatu sumber melalui kajian dan penyelidikan tetapi bukan berdasarkan pengetauhan yang sedia ada. Mengikut Marc Bloch, kritikan sunber adalah kaedah menguji kepintaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian terhadap faktanya dan pendapatnya disetujui oleh R.G.Collingwood dan kaedah itu disifatkan oleh beliau sebagai sejarah kritikal.[24] Kepentingan kritikan sumber adalah untuk menentukan ketulenan bukti atau sumber, mengelakkan mendapat sumber palsu dan memperoleh maklumat dan fakta yang tepat. Kritikan sumber ini dibahagikan kepada dua iaitu kritikan luaran (Authenticity) dan kritikan dalaman (Credibility).

7.0 KRITIKAN LUARAN ATAU AUTHENTICITY:

Krtitikan luaran adalah usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli dari sudut luarannya. Sebelum kritikan luaran dijalankan, umur dokumen atau sumber perlu dianggarkan terlebih dahulu.[25] Kemudian, dua persoalan perlu dicetuskan iaitu daripada bahan apa ia dihasilkan? dan daripada bentuk apa ia dihasilkan?. Contoh bahan tersebut ialah pelepah kurma, kulit kayu, kulit binatang dan lain-lain lagi. Kemudian, bahan yang digunakan akan dipastikan sama ada sezaman dengan sumber tersebut ataupun tidak. Contohnya, dokumen yang menggunkan kertas sebelum abad-15 adalah palsu kerana kertas hanya didapati pada abad ke-15.Manakala bahan pula adalah seperti manuskrip, surat, jurnal dan dokumen. Seterusnya, formatnya akan dipastikan sezaman dengan umur sumber tersebut.

Kaedah yang digunakan dalam kritikan luaran ialah ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan, ujian bahan-bahan yang digunakan. Ujian kimia adalah kajian yang dapat menentukan umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen.

Ujian kimia boleh dilakukan dari segi keadaan kertas, dakwat dan cap yang digunakan. Contohnya, manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettanham yang mengandungi catatan dari bulan April 1874 hingga Febuari 1876 telah disahkan ketulenan oleh pakar dengan mengujikajikan kertas dan dakwat yang digunakan berumur lebih kurang 100 tahun iaitu sama jangka masa antara manuskrip jurnal itu ditulis dengan tarikh kajian dilakukan.[26]

Ujian bahasa tuirut dilakukan bagi menentukan ketulenan sesuatu dokumen melalui pengesahan dari segi bahasa. Gaya bahasa yang digunakan akan berubah dari segi sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda bacaan, imbuhan dari semasa ke semasa. Seperti yang dinyatakan oleh G.J. Garraghan: “Gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad ke-9”.[27]

Selain itu, bagi mengesahkan dokumen yang ditulis dengan tangan boleh dijalankan ujian tulisan tangan. G.J.Garrahan telah menyatakan bahawa tulisan tangan merupakan satu ciri yang tersendiri. Contohnya, dengan membandingkan tulisan tangan di Buku Harian Hitler yang dijumpai oleh Gerd Heidemann dengan dokumen lain yang ditulis oleh Hitler, dipastikan Buku Harian Hitler itu adalah palsu.[28]

Ujian terhadap bahan-bahan yang digunakan turut boleh dilakukan bagi memastikan bahan-bahan yang digunakan tidak ketinggalan zaman dengan sumber itu dihasilkan. contohnya, Buku Harian Hitler palsu itu telah dijalankan ujikaji atas bahan-bahan yang digunakan dan mendapati bennag-benang polyester dan bahan pelekatan yang digunakan tidak wujud lagi pada zaman Hitler, maka disimpulkan bahawa Buku Harian Hitler itu adalah yang dipalsukan.

8.0 KRITIKAN DALAMAN ATAU CREDIBILITY

Selepas kritikan luaran, ahli sejarahwan perlu lagi memastikan kemunasabahan keterangan atau kewarasan isi kandungan sesuatu sumber iaitu menjalankan kritikan dalaman ke atas sumber itu. Ahli sejarah perlu menafsirkan isi kandungan dalam dokumen atau sumber yang disahkan tulen. Tafsiran sumber ini adalah bersandarkan kepada lunas-lunas kerasionalan iaitu sesuatu tindakan yang dikaji itu boleh ditafsirkan secara rasional dari keterangan si pelaku ataui saksi dengan menanyakan persoalan siapa, bila dan mana. Sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam tidak harus dipercayai seperti unsur mitos, lagenda dan dongeng.[29]Seterusnya, apabila wujud dua bukti yang bercanggah, ahli sejarah perlu membuat keputusan tentang mana yang perlu diterima, yang mana perlu ditolak berdasarkan penilaian secara menyeluruh dan seimbang semua bukti yang wujud.

9.0 CONTOH KRITIKAN SUMBER YANG PERNAH DILAKUKAN:

Pada awal tahun 1983, Stern, sebuah majalah Jerman mengumumkan Buku Harian Hitler telah dijumpai oleh Gerd Heidemann. Buku Harian yang dikatakan mengandungi tulisan tangan Hitler telah menimbulkan kesangsian kepada seorang sejarahwan yang bernama Ver Since David. Beliau menimbulkan dua persoalan iaitu mengapa Stern mengatakan bahawa Hitler dapat menulis di dalam diarinya tanpa sebarang perubahan pada bentuk tulisannya pada 20 Julai 1944 sedangkan pada tarikh yang sama, Hitler terpaksa berjabat tangan dengan tangan kiri iaitu selepas berlakunya peistiwa bom?. Kedua, mengapa di dalam dokumen itu juga bersama Buku Harian Hitler wujud pertentangan yang mempunyai kepala surat dan pantun yang palsu?. Hal ini telah menyebabkan pakar-pakar dari Arkib Persekutuan Jerman Barat menjalankan ujian kimia ke atas bahan-bahan yang digunakan seperti dakwat, kertas, bahan penjilidan dan pelekat dan akhirnya didapati Buku Harian Hitler itu adalah palsu.[30]

Selain itu, di Eropah, dokumen Donation of Constantine telah dikatakan dikeluarkan atas nama Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom pada abad ke-8 bagi mengukuhkan suatu teori gereja iaitu paus-paus agama Katolik mempunyai hak yang meluas terhadap tanah di Eropah. Pada abad ke-14, Lorenzo Valla telah mengungkitkan kesahihan dokumen itu.[31] Beliau telah mempersoalkan beberapa perkara iaitu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dokumen itu dijumpai di Decretum dan beliau juga tidak percaya bahawa Maharaja Constantine sanggup memberikan empayarnya kepada paus-paus sementara hal itu ditentang oleh anak, keluarga dan rakan-rakannya. Lorenzo Valla mempersoalkan adakah relevan Maharaja Constantine bertinda sedemikian rupa.Maka Lorenzo Valla terus mengkaji dan mendapati mustahil dokumen itu ditulis pada abad ke-4 iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja Constantine sedankan format dan isi kandungannya dilihat sudah ketinggalan zaman. Justeru itu, dokumen itu akhirnya dianggap sebagai dokumen palsu.

10.0 KESIMPULAN:

Jelasnya, aktiviti kesahihan sumber sememangnya perlu dilakukan dalam setiap penulisan dan pengkajian bidang sejarah. Hal ini kerana, dengan melakukan kesahihan sumber dan kritikan sumber itu, maka ahli sejarah dapat menghindarkan hasil penulisan dan penyelidikan mereka daripada sebarang unsur pemalsuan sumber.Perkara ini sememangnya perlu untuk menjadikan sejarah sebuah bidang yang bersifat ilmiah dan siantifik. Hal ini selari dengan konsep yang dipegang oleh “Bapa Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von Ranke iaitu “wie es eigentlich gewesen” (seperti sebenarnya berlaku).

[1] R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985. hlm. 29.

[2] Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 94.

[3] Ibid., hlm. 94.

[4] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 29.

[5] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 67.

[6] Ibid., hlm. 68.

[7] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 30.

[8] Arthur Marwick, The Nature of History, London: (t.n.p), 1973, hlm. 131-132.

[9] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 96.

[10] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 286.

[11] Ibid., hlm. 287.

[12] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 98.

[13] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 38.

[14] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 12.

[15] Ibid., hlm. 12-13.

[16] Ibid., hlm. 13.

[17] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 8.

[18] Ibid., hlm. 9.

[19] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 16.

[20] Ibid., hlm. 15.

[21] http: //e.wikipedia.org./wiki/Leopold_von_Ranke.html., 21/07/2007, Ahad, 8.30pm, hlm 1.

[22] Thrygve R. Tholfsen, Historical Thinking, New York: Herper and Row, 1967, hlm. 180.

[23] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 111.

[24] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 35-36.

[25] Louis Gottschalk, Understanding History: A Primer of Historical Method, New York: Alfred A. Knopf, 1969, hlm. 122.

[26] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 37.

[27] Ibid., hlm. 37.

[28] Ibid., hlm. 37.

[29] Ibid., hlm 43.

[30] Ibid., hlm. 39-40.

[31] Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 183.

Tiada ulasan:

>