Selasa, 3 Mei 2011

BICARA UNTUK IBU KU

Kemarin 2hb MEI 2011, aku keluar ke Pekan Ranau untuk membeli keperluan murid Asrama Desa. Aku mengambil kesempatan itu untuk menghubungi suami, anak, mama, adik dan abang ku kerana di tempat ku bertugas line telefon tiada.
Ketika berbual dengan mama dalam telefon, aku bertanya kesihatan mama. Dengan sayu mama berkata bahawa dia tidak sihat. Selalu pening kerana tekanan darahnya naik lagi dan mencecah sampai lebih 200. Aku mula bimbang. Aku jauh di pedalaman dan sukar dihubungi dengan telefon juga perhubungan seperti jalan raya kerana jalan yg teruk dan jarak yg jauh.
Mama kata dia akan ke hospital esok untuk berjumpa dengan doktor.. Lega sedikit hatiku.
Setiba di tempat kerja, pada sebelah malamnya aku sukar melelapkan mata. Fikiran ku jauh menerawang kepada mama. Kalaulah ada line telefon, sudah pasti aku menghubungi mama saat itu juga.. Aku takut sesuatu yg aku tidak boleh terima berlaku. AKu beroda pada Tuhan agar memberikan aku ketenangan dan mohon perlindunganNYA..
Sampai ke petang hari ini 3hb Mei 2011, aku belum dapat mengirimkan khabar dan bertanyakan khabar kepada suami kerana facebook tidak dapat diakses.. Saya hanya mampu berdoa supaya mama baik2 saja begitu juga dengan seluruh keluarga walau di mana juga berada..

Tiada ulasan:

>