Jumaat, 11 Mac 2011

Berita Harian Online | Bilionair Mexico dahului senarai manusia terkaya

2011/03/11

pix_gal0
Forbes dedah orang kaya Asia lebih ramai dari Eropah buat kali pertama NEW YORK: Rakyat Mexico, Carlos Slim Helú, dengan peningkatan kekayaan AS$20.5 bilion (RM62.52 bilion) mengalahkan 1,209 lagi bilionair termasuk Bill Gates, Warren Buffett dan hartawan besi Britain, Lakshmi Mittal, untuk menduduki senarai teratas bilionair dunia, lapor majalah Forbes.
Pemilik empayar media Mexico itu memiliki kekayaan AS$74 bilion (RM224.5 bilion) untuk terus berada di puncak senarai itu buat kali kedua. Senarai Forbes menyaksikan bilangan bilionair meningkat sebanyak 214 kepada 1,210 dengan purata kekayaan bersih AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion). Apa yang menarik, buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad, bilangan bilonair Asia mencecah 332 orang berbanding Eropah 300 orang manakala Amerika Syarikat terus mencatatkan bilionair paling ramai iaitu 413. Pengasas Microsoft, Gates, yang menyumbangkan satu pertiga daripada kekayaan kepada Yayasan Bill dan Melinda, berada di tangga kedua dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion). Pakar pelaburan, Berkshire Hathaway, berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$50 bilion (RM151 bilion). Bilangan bilionair di Britain meningkat kepada 32 dengan Duke Westminster, Gerald Cavendish Grosvenor, sekali lagi dinamakan lelaki paling kaya di negara itu. Walaupun dengan kejatuhan sektor hartanah, pemilik tanah berusia 59 tahun itu meningkatkan kekayaannya sehingga AS$13 bilion (RM40 bilion), menduduki tempat ke 57 dalam senarai 25 orang paling kaya di dunia. Penduduk warga Britain keturunan India, Laksmi Mittal yang juga usahawan perusahaan besi, kekayaannya AS$31.1 bilion (RM94.3 bilion) menjadikan beliau orang keenam terkaya di dunia. Enam ‘bilionair Facebook’ dalam senarai global termasuk pengasasnya Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin, selain bilionair termuda dunia Dustin Moskovitz, yang baru berusia 26 tahun dan usahawan Napster, Sean Parker. Britain mempunyai tiga lagi bilionair baru berbanding tahun lalu. Senarai 10 teratas UK turut menyenaraikan adik beradik Barclays, David dan Frederick, pemilik Telegraph Media Group, dengan kekayaan AS$3.2 bilion (RM9.7 bilion). Penulis novel Harry Potter, JK Rowling yang mencatat kekayaan AS$1 bilion (RM3 bilion) turut disenaraikan sejak beberapa tahun lalu. Bilionair hartanah, David dan Simon Reuben mencatatkan kedudukan kedua dalam senarai orang paling kaya Britain dengan kekayaan mencecah AS$8 bilion (RM24.2 bilion) diikuti Sir Philip Green dengan kekayaan AS$7.2 bilion (RM21.8 bilion). Reubens berada di tangga ke 114, manakala Green pada tangga ke 132. Pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson, pemilik tanah Charles Cadogan dan pemilik Formula One Bernie Ecclestone seterusnya dengan kekayaan mencecah AS$4.2 bilion (RM12.7 bilion). China yang juga negara kedua ekonomi terbesar dunia selepas Amerika mempunyai 115 bilionair sementara Russia mempunyai 101 bilionair. Moscow menjadi kediaman bilionair paling ramai daripada bandar lain di dunia ini dengan 79 orang. Lelaki Perancis, Bernard Arnault yang juga lelaki terkaya di Eropah dan pemilik kumpulan jenama mewah LVMH (Moet Hennessy Louis Vuitton), berada di tangga keempat dengan kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion). Di Eropah, ada 300 bilionair, 50 orang lebih berbanding tahun lalu dengan 72 orang berjaya dengan usaha sendiri. Pada masa sama, walaupun ramai berjaya meningkatkan kekayaan mereka tahun lalu, ada yang merosot. Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad rugi teruk tahun lalu, turun daripada tangga 151 ke 162 dengan kekayaannya merosot daripada AS$23 bilion (RM69.8) kepada AS$6 bilion (RM18.2 bilion). – Agensi

Tiada ulasan:

>