Khamis, 25 Jun 2009

LELAKI LEBIH BERAHSIA

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami. Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka. Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka. Sifat lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu. Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi. Lelaki pentingkan kejujuran Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga. Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya. Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian. Lelaki juga mahukan sokongan Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ." Sahabat yang paling baik Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda. Lelaki mesra tanpa emosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis. Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

SUNDAY, NOVEMBER 9, 2008

Bosan hidup membujang

MEMBUJANG lama-lama bagaikan sebuah fasa yang indah dalam sejarah hidup seorang lelaki kerana tanpa sebarang ikatan dan menikmati kebebasan sepenuhnya. Namun, bukan semua yang inginkan kebebasan dalam hidup apatah lagi apabila mula memikirkan untuk menamatkan zaman bujang. Ada lelaki berasakan sudah sampai masanya meninggalkan zaman berfoya-foya itu demi perubahan hidup yang lebih baik. Bukan itu saja alasannya, bahkan kebanyakan memilih jalan menamatkan zaman bujang atas faktor tertentu sama ada sudah puas membujang atau sebaliknya. Cuba kita selidiki mengapa lelaki mula memikirkan untuk berkahwin. Apakah kerana dia benar-benar bersedia, sudah puas ‘mencipta dosa’ atau sudah sampai seru untuk berumah tangga? Pelengkap hidup. Lelaki berasakan setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kedudukan kewangan mencukupi dan memiliki pasangan serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan. Hidup lebih terurus. Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya. Kewangan yang mantap. Dia sudah mempunyai sumber kewangan tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai. Bosan hidup membujang. Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah penyelesaian terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar daripada situasi kebosanan. Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan, lama-kelamaan dia rasa hidupnya kosong tanpa wanita di sisi. Terlalu mencintai. Saat rasai cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin kuat untuk memiliki kekasih paling disayanginya. Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang perlu ditempuhi adalah bernikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak berpenghuni. Sudah bersedia. Dari segi mental dan fizikalnya, dia rasa sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan. Ingin memiliki keturunan. Seperti wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan. Cepatkan hubungan intim. Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim. Secocok. Saling melengkapi, mempunyai minat dan hobi sama, tahu sikap masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan antara anda berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain anda, kekasih sejati. Desakan orang tua. Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Ini antara lain kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya. Desakan kekasih. Lelaki akan berasa tercabar jika mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia. Tetapi ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati tanpa ada sebarang alasan.

Tiada ulasan:

>