Ahad, 28 Jun 2009

Akukah yang tidak memahami Erti kata kiasan Yang telah kau ungkapkan Lewat sebuah pesanan Juga maksud erti sindiran Yang cuba kau sampaikan Melalui sejenak panggilan

Akukah yang masih tidak faham Apa yang telah kau katakan Hadirmu di daerahku ini cuma persinggahan Yang bakal kau tinggalkan Untuk menuju sebuah pelabuhan

Akukah yang tidak mahu faham Langsungnya sebuah perbicaraan Maksud sebenar telah kau ungkapkan Bahwa aku hanya mawar pinggiran Yang warnanya keusangan

Bukan aku tidak faham Segala bait-bait pertuturan Tapi aku kebingungan Dan aku perlukan penjelasan Untuk apa maksud dan tujuan Aku kau jadikan boneka mainan

Kini aku sudah faham Bahawa aku cuma pelepas kesepian Yang sedang bertandang Kerna kau telah ditinggalkan

Malah kini aku benar-benar faham Setelah aku pula kau biarkan Terkapar-kapar tanpa pesan Berbalaslah seuntai dendam Yang sekian lama kau pendam Dalam segunung perasaan Lalu menjadi letusan Dan aku kau jadikan bahan Mangsa keadaan

Tiada ulasan:

>