SIAH membawa Zorich mengunjungi Karnival Jom Heboh di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Gelagat seorang nenek membawa kambingnya mengunjungi Karnival Jom Heboh TV3 di Dataran Shahbandar, di sini semalam mencuri perhatian ramai, terutama kanak-kanak sehingga ada yang merengek mahu ibu bapa mereka 'membeli' kambing seperti itu.
Anak kambing berbulu putih dan coklat diberi nama ‘Zorich’ milik Siah Abdullah, 67, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini kelihatan setia mengikut wanita itu dari gerai ke gerai, tetapi cuaca terik menyebabkan haiwan itu kelihatan menggigil dan sesekali mahu disusukan bagi menghilangkan dahaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan