Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2011

5 Tips Menghilangkan Kedutan

Adakah kedutan itu proses penuaan biasa yang berlaku selari dengan umur seseorang? Ramai antara kita sedaya upaya akan cuba menghilangkan kedutan ini dengan pelbagai cara. Jika anda masih tercari-cari cara yang sesuai untuk mendapatkan kulit muda yang tegang dan anjal, pastikan anda membaca & mencuba 5 cara mudah untuk mendapatkan kulit tegang dan anjal. Berkemungkinan salah satu daripadanya adalah yang terbaik & sesuai dengan anda:
  1. Mengambil makanan/minuman yang berkolagen: Kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang secara semulajadi di dalam tubuh anda. Kolagen termurah & terbaik di pasaran yang sangat memuaskan hati saya adalah Cocoa Collagen Power Plus. Tahukah anda kepentingan kolagen itu sebenarnya adalah sama seperti pentingnya meminum air yang secukupnya setiap hari.
  2. Memakai krim anti kedut: Pilihlah krim anti kedut yang paling sesuai dengan kulit anda. Untuk mendapatkan yang terbaik dapatkan nasihat pakar kulit & kecantikan professional. Ingat, yang mahal tidak semestinya yang terbaik.
  3. Memakai krim sinaran anti UV: Sinaran cahaya matahari yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kedutan pada kulit anda. Sebaiknya tiap kali keluar rumah pakailah krim sinaran anti UV yang mempunyai kadar SPF yang tinggi
  4. Suntikan Vitamin/Kolagen: Kesannya adalah hampir sama dengan pengambilan kolagen di dalam makanan/minuman setiap hari. Cuma suntikan adalah mahal & terpaksa menanggung sakit. Untuk memastikan kesannya berpanjangan suntikan mesti diulang dalam tempoh masa tertentu.
  5. Jaga pemakanan: Banyakkan makan sayur & buah-buahan. Juga meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Jadi tempahlah Cocoa Collagen anda hari ni! :)

Jumaat, 3 Disember 2010

5 RAHSIA PENTING KULIT CANTIK

Wajah sempurna tanpa setitik noda sentiasa menjadi impian setiap wanita. Mengimpikan wajah mulus bersih namun terus mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat tentunya amat su kar untuk merealisasikan segala keinginan itu. Lihatlah apa yang anda sedang lakukan kepada diri sendiri. Hindari segala yang negatif dan katakan segar dan sihat buat kulitmu. 1. Katakan tidak kepada rokok Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok. 2. Remajakan kulit anda dari dalam Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksida yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda. 3. Pengelupasan kulit secara berkala Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu. 4. Gunakan pelembab antioksi dan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksida dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit. 5. Bersenam 3 kali seminggu Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakkan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

TETUA DAN PIGMENTASI

Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur. Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka. Cara pertumbuhan: 1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal. 2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja. 3. Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk. Kesan: Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan. Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan 20 tahun dan ke bawah 10% Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari. Bermula dari 28 tahun 20% Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan. Bermula dari 38 tahun 50% Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas. Bermula dari 48 tahun 70% Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak. 48 tahun dan ke atas 100% Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka. Penyelesaian: * Menyingkirkan sel kulit mati. * Merawat dan memperbaharui sel terjejas. * Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal. * Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas. * Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu). * Merangsang kadar metabolisme kulit. * Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi. * Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Selasa, 25 Ogos 2009

MENU PETUA KECANTIKAN..

01- Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
02- Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
03- Rambut kekal hitam
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
04- Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.
05- Seri wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
06- Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
07- Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.
08- Agar rambut kekal hitam
Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
09- Rambut beruban & kelimumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
10- Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
11- Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.
12- Memutihkan gigi
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
13- Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
14- Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
15- Mengekalkan kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman
16- Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum
17- Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
18- Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar
19- Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
20- Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

PETUA KECANTIKAN TURUN TEMURUN

Kurangkan peluh di wajah.
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.
Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang mudaƂ yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.
Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.
Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.
Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.
Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.
Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.
Selamat mencuba!

TIPS MERAWAT KULIT WAJAH

Wajah cantik dan halus

Bersihkan kulit Anda setiap pagi untuk menghilangkan minyak dan sel kulit mati yang terbentuk di malam hari.

Gunakan air suam-suam kuku pada wajah Anda. Air yang terlalu panas dapat menyebabkan kulit wajah yang sensitif menjadi kering.

Sabun biasa jangan digunakan untuk muka kerana dapat merosakkan keseimbangan pelembab natural pada wajah dan terpaksa memerlukan beberapa hari bagi kulit untuk pulih kembali.

Olahraga rutin, meskipun hanya berjalan biasa, akan membuat kulit tampak sihat dan berseri.

Ya, Anda mungkin tahu bahawa Anda sebaiknya minum air dalam jumlah yang cukup. Bubuhkan sedikit lemon, jeruk, melon atau timun.

Bedak padat sangat ideal untuk menghilangkan kilau yang tak diinginkan; bawalah selalu dalam tas Anda.

Hindari kopi, alkohol dan rokok, kerana semua hal tersebut dapat memberikan pengaruh negatif pada kulit Anda.

Kulit Anda pun perlu beristirahat, kerana sel kulit dibentuk kembali saat Anda tidur. Tidur secara teratur selama 8 jam setiap malam adalah kebiasaan yang sangat baik.

NOTA: Semoga perkongsian ini mampu membuat kita lebih kelihatan cantik dan anggun.

KUKU CANTIK

Percaya atau tidak, sejarah merias kuku atau 'manicure' telah bermula sejak
4,000 tahun yang lalu. Berasal daripada China, cat kuku melambangkan ststus sosial seseorang.
Menurut manuskrip Dinasti Ming, kuku kerabat DiRaja dicatkan hitam dan merah.
Orang-orang Mesir pula mengecatkan kuku mereka merah bagi melambangkan status sosial yang tinggi.
Sekali sekala, riaslah kuku anda.

>