Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mei 2011

BICARA UNTUK IBU KU

Kemarin 2hb MEI 2011, aku keluar ke Pekan Ranau untuk membeli keperluan murid Asrama Desa. Aku mengambil kesempatan itu untuk menghubungi suami, anak, mama, adik dan abang ku kerana di tempat ku bertugas line telefon tiada.
Ketika berbual dengan mama dalam telefon, aku bertanya kesihatan mama. Dengan sayu mama berkata bahawa dia tidak sihat. Selalu pening kerana tekanan darahnya naik lagi dan mencecah sampai lebih 200. Aku mula bimbang. Aku jauh di pedalaman dan sukar dihubungi dengan telefon juga perhubungan seperti jalan raya kerana jalan yg teruk dan jarak yg jauh.
Mama kata dia akan ke hospital esok untuk berjumpa dengan doktor.. Lega sedikit hatiku.
Setiba di tempat kerja, pada sebelah malamnya aku sukar melelapkan mata. Fikiran ku jauh menerawang kepada mama. Kalaulah ada line telefon, sudah pasti aku menghubungi mama saat itu juga.. Aku takut sesuatu yg aku tidak boleh terima berlaku. AKu beroda pada Tuhan agar memberikan aku ketenangan dan mohon perlindunganNYA..
Sampai ke petang hari ini 3hb Mei 2011, aku belum dapat mengirimkan khabar dan bertanyakan khabar kepada suami kerana facebook tidak dapat diakses.. Saya hanya mampu berdoa supaya mama baik2 saja begitu juga dengan seluruh keluarga walau di mana juga berada..

28 APRIL ~HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KU~

Walaupun Bulan Mei sudah menjelma dan tempoh 3 hari ini, saya percaya masih belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak pernah habis pada semua saudara mara, sahabat handai dan sahabat yang mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada saya.
Pada 28 APRIL 2011, genaplah usia ku 32 tahun. TERIMA KASIH TUHAN kerana Engkau memberikan aku peluang menikmati hidup ini dan tanpa sedar usia ku menikmati hidup ini sudah pun menjangkau 32 tahun.
TUHAN Maha Penyayang, saya mohon agar Engkau sentiasa menyertai perjalanan hidup ku dan keluargaku dan bimbinglah jalan kami agar tidak jauh terpesong jauh dari Engkau.
Saya juga mohon agar Engkau berkati dan lindungi Dunia ini dari segala azab yang sakit dan peliharalah kami sampai tiba saat kami kembali kepada Engkau.. Amin

Isnin, 14 Februari 2011

SAYANGILAH DAN HARGAILAH IBU DAN BAPA KITA SELAGI KITA DIBERI PELUANG..

Tadi petang semasa melawat Pakcik di wad lelaki hospital kota marudu, mama mengajak ku melawat seorang pakcik yang turut di tahan di wad itu kerana sesak nafas.. Aku kenal rapat dengan pakcik itu kerana kami sekampung dan ada kaitan keluarga juga dengan kami.. Apa yang menyedihkan ialah tiada seorang pun anak2 beliau menjaga beliau di sana. Mujur beliau di sambungkan saluran kencing untuk memudahkan membuang air kencing. Lagipun beliau digantung air.

Aku memeriksa keperluan makanan beliau, yang ada cuma sekotak susu kacang yang sudah basi dan nasi dalam kontena yang juga sudah basi. Ketika itu air mata ku meluru keluar. Aku tidak mampu mengawal emosi. Bayangkan dalam keadaan tidak berdaya itu, tiada siapa di sisi untuk membantu beliau. Kalau masa makan tiba, siapa yg akan membantu mengambilkan makanan? Kalau nak buang air besar, siapa yang akan memimpin beliau ke tandas? Pakaian beliau pun tidak berganti.. Kesihan sungguh... Ku mohon izin pada mama untuk keluar dari wad itu kerana air mataku sudah tidak dapat di tahan lagi..

Kala bersendirian di luar wad, aku terfikir sendiri.. kenapa anak2 pakcik itu tidak menemani dan menjaga beliau? kenapa mesti membiarkan hati tua itu merana. Setidak2nya kalau anak2 ada di sisi, pastinya sirna gembira itu terpancar di wajah dan mempercepatkan proses penyembuhan kerana merasakan nilai kasih sayang yang tinggi..

Aku masih teringat kata2 pakcik itu tadi " Hari ini, tiada seorang pun anak2 saya datang melawat". Jantung ku seakan berhenti berdenyut kala mendengar luahan itu.. Terus aku terimbas kembali saat Arwah Ayahku pergi buat selamanya. Pergi dengan mengejut tanpa terlantar sakit. Sangat kesal di hati kami adik beradik kerana pemergian ayah tanpa diduga sama sekali.. Memang betul cara ayah pergi tidak langsung menyusahkan isteri, anak2 dan seluruh keluarga, namun ia meninggalkan kesan dalam bila kami tidak bersedia menerima pemergian dengan cara itu..

Justeru, kepada semua teman2.. bila ibu atau bapa kita sakit, jagalah mereka sehabis baik. Saat kita masih kecil dan demam, mereka menjaga kita sehabis baik sehingga kita mampu hidup beranak pinak hari ini..

Sekadar perkongsian kepada semua teman2 walau di mana juga kita berada, sayangilah, hargailah dan jagalah ibu dan bapa kita walau dalam sihat lebih2 dalam sakit. Tanpa mereka, siapa kita hari ini? Berbuat baiklah selagi kita diberi kesempatan untuk memelihara orang tua kita.. Jangan sesekali menyakiti mereka walau dengan perbuatan sekali pun.

"Sekadar luahan dan perkongsian.. Semoga kita tidak lupa bahawa suatu hari nanti kita juga akan tua dan akan sakit.."

>