Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian Online | Chong Wei Juara Perseorangan Lelaki Seluruh England

2011/03/14

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi. Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit.
TAHNIAH Datuk Lee Chong Wei...

Ahad, 13 Mac 2011

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kempunan juara

Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kempunan lagi untuk mencatat kejuaraan pertama musim ini apabila tewas kepada Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 21-15, 16-21, 18-21 pada final Kejohanan Badminton Seluruh England, Arena Tertutup Birmingham, malam ini.

Berita Harian Online | Chong Wei mara ke final All-England

2011/03/13

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final bagi mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England yang diadakan di Birmingham, England, sebentar tadi. Beliau menewaskan pemain China, Cheng Long 21-17,21-13 pada separuh akhir dalam masa 46 minit.

Jumaat, 11 Mac 2011

Berita Harian Online | Chong Wei seperti kena sabotaj

Chong Wei seperti kena sabotaj Oleh Hussain Said hussain@bharian.com.my 2011/03/11

Dapat notis singkat kurang sejam sebelum turun lawan Chunlai di pusingan 2 ADAKAH terdapat unsur sabotaj terhadap jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Seluruh England?
Itulah persoalan yang timbul apabila jadual perlawanan membabitkan dirinya dipinda dan dia dikatakan hanya diberi notis singkat kurang sejam sebelum turun beraksi menentang Bao Chunlai di pusingan kedua di Arena Tertutup Birmingham, petang semalam. Malah, adilkah untuk Chong Wei turun beraksi dalam perlawanan pertama pada jam 10 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) sedangkan sebelum itu beraksi lewat malam ketika menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez dalam pusingan pertama. Begitupun, minda pilihan pertama itu jelas tidak terganggu apabila menang 21-16, 21-16 ke atas pemain ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh 42 minit untuk mara ke suku akhir bertemu pemenang antara pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand dan Lee Hyun Il dari Korea Selatan. Namun, Chong Wei jelas berang dengan situasi itu apabila terus berjalan keluar menuju ke hotel sejurus tamat perlawanan tanpa menghiraukan wartawan yang menunggunya untuk ditemubual. Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun menafikan terdapat ‘unsur sabotaj’ ke atas Chong Wei walaupun mengakui urusetia kejohanan tidak memaklumkan pertukaran jadual membabitkan jaguh negara itu. “Mengikut jadual asal yang diberikan penganjur malam tadi (malam semalam), Chong Wei akan beraksi dalam perlawanan kelima tetapi nasib baik kami melihat internet pagi ini (semalam) dan mendapati jadual perlawanan sudah dipinda. “Kami bertanya kepada pengadil perlawanan yang mengesahkan Chong Wei beraksi perlawanan pertama dan bernasib baik dia sempat sampai dan bersiap menghadapi perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi di Birmingham. Sementara itu, beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mengiringi Chong Wei ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Taiwan, Chen Hung Lin-LinYu Lang 21-10, 22-20 dalam 24 minit. Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How turut tidak mahu ketinggalan apabila bangkit tewas set pertama 12-21 sebelum menundukkan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-14, 21-19.

>