Isnin, 14 Februari 2011

SAYANGILAH DAN HARGAILAH IBU DAN BAPA KITA SELAGI KITA DIBERI PELUANG..

Tadi petang semasa melawat Pakcik di wad lelaki hospital kota marudu, mama mengajak ku melawat seorang pakcik yang turut di tahan di wad itu kerana sesak nafas.. Aku kenal rapat dengan pakcik itu kerana kami sekampung dan ada kaitan keluarga juga dengan kami.. Apa yang menyedihkan ialah tiada seorang pun anak2 beliau menjaga beliau di sana. Mujur beliau di sambungkan saluran kencing untuk memudahkan membuang air kencing. Lagipun beliau digantung air.

Aku memeriksa keperluan makanan beliau, yang ada cuma sekotak susu kacang yang sudah basi dan nasi dalam kontena yang juga sudah basi. Ketika itu air mata ku meluru keluar. Aku tidak mampu mengawal emosi. Bayangkan dalam keadaan tidak berdaya itu, tiada siapa di sisi untuk membantu beliau. Kalau masa makan tiba, siapa yg akan membantu mengambilkan makanan? Kalau nak buang air besar, siapa yang akan memimpin beliau ke tandas? Pakaian beliau pun tidak berganti.. Kesihan sungguh... Ku mohon izin pada mama untuk keluar dari wad itu kerana air mataku sudah tidak dapat di tahan lagi..

Kala bersendirian di luar wad, aku terfikir sendiri.. kenapa anak2 pakcik itu tidak menemani dan menjaga beliau? kenapa mesti membiarkan hati tua itu merana. Setidak2nya kalau anak2 ada di sisi, pastinya sirna gembira itu terpancar di wajah dan mempercepatkan proses penyembuhan kerana merasakan nilai kasih sayang yang tinggi..

Aku masih teringat kata2 pakcik itu tadi " Hari ini, tiada seorang pun anak2 saya datang melawat". Jantung ku seakan berhenti berdenyut kala mendengar luahan itu.. Terus aku terimbas kembali saat Arwah Ayahku pergi buat selamanya. Pergi dengan mengejut tanpa terlantar sakit. Sangat kesal di hati kami adik beradik kerana pemergian ayah tanpa diduga sama sekali.. Memang betul cara ayah pergi tidak langsung menyusahkan isteri, anak2 dan seluruh keluarga, namun ia meninggalkan kesan dalam bila kami tidak bersedia menerima pemergian dengan cara itu..

Justeru, kepada semua teman2.. bila ibu atau bapa kita sakit, jagalah mereka sehabis baik. Saat kita masih kecil dan demam, mereka menjaga kita sehabis baik sehingga kita mampu hidup beranak pinak hari ini..

Sekadar perkongsian kepada semua teman2 walau di mana juga kita berada, sayangilah, hargailah dan jagalah ibu dan bapa kita walau dalam sihat lebih2 dalam sakit. Tanpa mereka, siapa kita hari ini? Berbuat baiklah selagi kita diberi kesempatan untuk memelihara orang tua kita.. Jangan sesekali menyakiti mereka walau dengan perbuatan sekali pun.

"Sekadar luahan dan perkongsian.. Semoga kita tidak lupa bahawa suatu hari nanti kita juga akan tua dan akan sakit.."

>