Memaparkan catatan dengan label Madah Hari Ini. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2011

TITIPAN PEDOMAN

Engkau mungkin akan melupakan orang yang pernah ketawa denganmu, tetapi tidak mungkin engkau akan melupakan orang yang pernah menangis denganmu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memberi penghargaan kepada orang lain sehingga lupa memberi penghargaan kepada diri-sendiri. Untuk mencapai sesuatu, mencuba dan gagal itu sangat sakit tapi gagal kerana langsung tidak mencuba itu lagi sakit. Sangat mudah melafazkan sesuatu tetapi sangat sukar untuk melaksanakannya. Sekecil-kecil harapan pun masih dikira baik jika dibandingkan dengan mereka yang langsung tiada harapan. Jangan mudah dilambung mimpi dan terlelap dibuai emosi kerana bila engkau sedar semuannya sudah tiada. Jika anda hilang jati diri, bangsa anda akan kehilangan maruah. Ada manusia yang terlalu taksub dengan perkataan LOGIK. Sesuatu yang tidak logik dikatakan karut dan tidak benar. Mereka berpendapat bahawa semua benda di dunia ini wujud melalui proses EVOLUSI yang logik. Lebih buruk lagi mereka mengandaikan bahawa manusia sendiri berevolusi dari monyet. Persoalannya kalau tubuh boleh... berevolusi, adakah roh monyet boleh berevolusi kepada roh manusia? Tiada bunga ros yang tidak berduri. Engkau sukakannya? Engkau perlu bersedia kerana mungkin durinya akan menusuk jarimu. Itulah lumrah hidup, tiada yang mudah untuk dimiliki. Tahu menggunakan akal dan tahu mengawal perasaan itulah yang dikatakan bijaksana. Kalau engkau ingin keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan engkau hanya ada satu jalan iaitu pendidikan. Jangan lupa asal usulmu apabila sudah berada di puncak kejayaan kerana di situlah perjalananmu bermula.

MADAH

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan. Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).
Janganlah kamu hanya berdoa”Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.

Sabtu, 13 Jun 2009

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih
tidak dapat melupakannya.

Rabu, 10 Jun 2009

MATA

Penglihatan bukan satu-satunya cara cinta menembusi hati. Sering terjadi cinta lahir dari tutur kata. Gema keindahan yang menusuk telinga Boleh mencuri ketenangan dan kearifan hati.

Selasa, 9 Jun 2009

PERSABAHATAN IBARAT...

Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh... Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung... Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan iman... Ketenangan dan kebahagiaan ada pada hati orang yang beriman. Merka akan tetap berhati teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin dikala orang lain penuh keraguan, mereka tetap sabar dikala orang lain berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada dikala orang lain sedang runsing. Jadikanlah yang TEBAL itu IMAN, yang NIPIS itu LIDAH, yang TAJAM itu AKAL, yang LEMBUT itu HATI, yang RINGAN itu SOLAT, yang HALUS itu SUARA, yang LUAS itu ILMU dan yang MANIS itu SENYUMAN. Manusia mudah rasa susah bila diuji, mudah juga lupa pada nikmat yang diberi. Apa yang ada tak pernah disyukuri, apa yang tiada itulah yang dicari. Carilah cinta Tuhan di sebalik ujian dan nikmat-Nya. Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

>