Rabu, 30 Mac 2011

Berita Harian Online | Jackie Chan dilapor mati

2011/03/30

NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. ‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.
Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu. “Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.” Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti. Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi

Berita Harian Online | Misbun 'membisu seribu bahasa'

Oleh Hussain Said hussain@bharian.com.my 2011/03/30

pix_gal0
BAM harap keputusan muktamad diputus elak jejas tumpuan Chong Wei WALAUPUN kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek (gambar) bukan agenda perbincangan pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jumaat ini, tetapi sebahagian besar ahli majlis badan induk itu mahu ia dinoktahkan segera. Mereka berpendapat kemelut yang berlarutan tiga bulan tanpa jalan penyelesaian itu perlu ditamatkan pada hari itu dan BAM perlu membuat keputusan muktamad walaupun Misbun dikatakan masih ‘membisu seribu bahasa’.
Naib Presiden BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah, berkata dia berharap satu keputusan muktamad dapat diputuskan berhubung kemelut itu bagi mengelakkan ia terus berlarutan dan menjejaskan tumpuan Lee Chong Wei. “Sampai bila kita perlu membincangkan kemelut ini sedangkan di depan kita menanti cabaran lebih besar dan penting,” soalnya, semalam. Dia yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu berkata, walaupun kemelut itu tidak disenaraikan sebagai agenda yang akan dibincangkan tetapi dia yakin ia akan ditimbulkan ahli majlis menerusi perkara berbangkit. Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata BAM perlu membuat keputusan muktamad. “BAM sudah menyerahkan ‘bulu tangkis’ kepadanya tetapi dia belum mengembalikannya semula,” katanya.

Selasa, 29 Mac 2011

JALAN MENUJU KE SK.TAGIBANG PUTUS

SK.Tagibang adalah sekolah pedalaman tempat ku bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Pada bulan Mac/April yang lalu, jalan menuju ke sekolah telah putus seperti dalam gambar di atas dan kami terpaksa berjalan kaki..
Gambar di atas ialah aktiviti gotong-royong penduduk Kg.Tagibang untuk membuat jambatan tanpa sebarang jentera melainkan cangkul, parang dan chainsaw untuk memotong kayu.
Mereka bergotong royong tanpa mengenal payah jerih demi menyambung jalan yang putus ini.
SYABAS dan TAHNIAH kepada mereka semua.

>