Memaparkan catatan dengan label Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysisa. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

KOMULAKAN KIMARAGANG MALAYSIA TETAPKAN HALA TUJU

Komulakan Kimaragang tetapkan hala tuju:
Salimandut : 20/11/2011.
Komulakan Kimaragang Malaysia berjaya menetapkan hala tujunya bagi tempoh 2012-2016. Demikian dinyatakan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Yang Berbahagia Dr.Haji Janathan Kandok. Menurut beliau, Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia yang diadakan selama 2 hari telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh 145 orang peserta untuk menetapkan Visi Komulakan Kimaragang iaitu menjadikan wilayah kimaragang pengeluar utama hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri pelancongan di Wilayah Kimaragang.
Bengkel tersebut juga telah menghasilkan 3 resolusi iaitu:

a) Menubuhkan koperasi yang menguruskan pembangunan tanah bagi menjadikan wilayah kimaragang pengeluar hasil – hasil pertanian, penternakan, perikanan dan destinasi pelancongan yang utama di negeri sabah.

b) Mendapatkan tanah kerajaan bagi tujuan perusahaan pertanian, penternakan, agroculter dan industry pelancongan wilayah kimaragang.

c) Mengikhtiraf Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Belia Kg.Salimandut sebagai badan yang bertanggungjawab menjadikan Resolusi Togomonggis menjadi realiti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta kursus mengemukakan permohonan tanah kerajaan secepat mungkin terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.

Beliau juga mengingatkan Komulakan Malaysia supaya bijak membezakan perjuangan berunsurkan politik dan yang berasaskan kesukarelawanan. Menurutnya, hala tuju Komulakan Malaysia adalah perjuangan yang akan dilakukan melalui kegiatan sukarela.

Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia adalah kesinambungan daripada resolusi Seminar Modal Insan yang dianjurkan oleh INPES (Institut Penilaian Sastera) yang telah mengenal pasti 22 fokus perjuangan Bangsa Kimaragang yang dimuatkan dalam Deklarasi Torongsoko 2008. Antara perjuangan berkenaan adalah Pembangunan sosio ekonomi bangsa Kimaragang,.

Isnin, 27 Jun 2011

KITA TIDAK BERSAING UNTUK CAPAI VISI BANGSA KIMARAGANG

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 01:59   
Kota Kinabalu, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang tidak bersaing untuk mencapai visi bangsa Kimaragang. Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok dalam kenyataannya hari ini berkata dasar Pertubuhan Kimaragang Malaysia menjadikan apa-apa sahaja yang menghalang usaha mencapai visi bangsa Kimaragang sebagai tidak releven. "Kita tidak terganggu dengan apa-apa tindakan untuk gagalkan usaha mencapai visi kita. Kita sudah tetapkan visi dan fokus kita ialah usaha capai visi itu. Jika ada yang tidak setuju, kita jadikan mereka tidak releven. Kita tidak lari fokus untuk capai visi" Katanya. Menurutnya lagi, visi bangsa Kimaragang adalah luhur dan sebarang usaha untuk menentangnya adalah menyalahi nilai hidup bangsa Kimaragang. " Visi kita ialah menjadikan bangsa Kimaragang bersatu padu maju dan menarik adalah luhur. Jika ada yang menentang, rakyat akan bertanya, mengapa perkara yang baik tidak disokong?" Katanya. Janathan berkata fokus Pertubuhan Kimaragang Malaysia adalah memimpin kejayaan bangsa Kimaragang dan pertubuhan itu tidak membuang masa untuk mengurus kegagalan.
Menurutnya, pertubuhan itu mendefinisikan bahawa sebarang usaha untuk mencapai sesuatu yang berorientasikan penyelesaian masalah adalah pengurusan kegagalan. " Kita tidak mahu dikenang sebagai pertubuhan yang mengurus kegagalan sebab fokus kita jelas, menjadikan bangsa Kimaragang bersatu maju dan menarik" Katanya. Janathan berkata setiap pejuang baru bangsa Kimaragang wajib menghayati visi bangsa Kimaragang terlebih dahulu sebelum berjuang. Hanya sesudah menjiwai visi ini barulah seseorang pejuang itu mendapat sokongan rakyat. " Jika rakyat tahu, dia berjuang untuk visi ini, rakyat tetap sokong tanpa mengira berjuang atas nama sukarelawan atau politik. Yang kritikal, orang itu menjiwai visi bangsa Kimaragang." Menurut Janathan rakyat adalah bijak dan cenderung untuk bersatu menentang tindakan yang tidak menguntungkan mereka dan pejuang bangsa Kimaragang tidak ada pilihan melainkan bertindak dalam kontek apa yang rakyat perlukan.

KITA LAMBAT KUAT KERANA LAMBAT PUNYA NAMA

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 12:28   

Sandakan, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang lambat 
kuat kerana lambat muncul dengan namanya sebenar. 
Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan 
Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok ketika 
dihubungi wartawan Media Kimaragang Online hari ini. 
Menurut Janathan, beratus tahun bangsa ini tampil 
dengan nama klasiknya, bangsa Dusun dan kemudian 
Kadazandusun, terlupa nama sebenar bangsa yang mendiami 
Tandek dan Pitas, ialah bangsa Kimaragang. Menurut Janathan, 
sesuatu etnik kecil wajib tampil dengan nama sebenarnya 
supaya identitinya tidak tenggelam dengan etnik besar 
dalam rumpun yang sama. Jika etnik itu mempunyai tanah 
tumpah darah maka etnik itu layak dipanggil sebagai bangsa. 
Malangnya, kerana berasa tidak yakin, etnik kecil itu 
terus berpaut pada rumpun besar beratus tahun lamanya.
Katanya lagi, zaman untuk etnik kecil berpaut pada nama 
rumpun besar sudah tidak releven lagi dan etnik kecil 
wajib bangkit dengan namanya sendiri.
Kepada suatu soalan tentang konflik yang mungkin 
timbul jika etnik kecil muncul dengan nama sendiri, 
Janathan berkata, " Tidak ada masalah sebab kita bukan 
tidak mengaku orang Kadazandusun. Kita hanya mahu dikenal 
sebagai bangsa Kimaragang sahaja. Malahan surat lahir 
kita tetap bangsa Dusun atau Kadazan." Menurut Janathan, 
jika bangsa Kimaragang kekal muncul sebagai orang 
Kadazandusun maka banyak peluang terlepas yang 
sepatutnya hak bangsa Kimaragang tetapi jatuh ke 
tangan pihak yang bukan berhak dari segi moral dan etika. 
Keadaan ini, tambahnya, dapat dielakkan jika 
bangsa Kimaragang tampil dengan nama sebenar, Kimaragang.

SUMBER : www.kimaragang.com

>