| Written by Media Kimaragang on Friday, 29 July 2011 03:43 |
| Kota Kinabalu, 29 Julai, 2011: Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia menasihatkan bangsa Kimaragang supaya tidak keliru dengan tiga perkara, iaitu politik, agama dan bangsa. Menurutnya, terdapat segelintar bangsa Kimaragang yang terlalu degil dengan tindakannya yang difikirnya sesuai tanpa memikirkan apakah tindakan itu betul dari segi agama dan bangsanya. Bagi individu-individu berkenaan, apa juga tindakannya adalah bermotifkan politik. Ini tidaklah mengejutkan kerana pemikiran kita dijajah oleh politik. Bagi negeri Sabah yang hanya mempunyai penduduk kurang dari 3 juta, mempunyai 12 buah parti politik sudah cukup mempengaruhi pemikiran dan tindakan rakyat Sabah. Jika kita lihat 12 parti politik ini dalam konteks bangsa Kimaragang di Wilayah Kimaragang maka tidak dapat disangkal betapa pemikiran rakyat amat dikuasai ideologi politik. Kerana, 12 parti politik ini mempunyai visi dan falsafah masing- masing maka sudah pasti bangsa Kimaragang menjadi begitu kaya dengan ideologi politik. Kemunculan parti- parti politik ini bermula seawal tahun 60'an dan jika seorang itu lahir dalam tahun berkenaan sudah tentu sudah berusia sekitar 50 tahun. Dengan kata lain, individu berkenaan membesar bersama ideologi politik yang saling bertukar. Katanya, jika ideologi politik itu meresap dalam jiwa individu yang bijak maka ideologi itu dapat dimanafaatkannya dalam konteks yang tepat seperti membangunkan Wilayah Kimaragang atau sekurang- kurangnya dapat mengasah kemahiran supaya sentiasa disukai orang dan menolak sikap permusuhan. Katanya lagi, malang bagi bangsa ini jika politik menguasai agama atau kepercayaan atau tatasusila bangsa Kimaragang. Jika ini berlaku maka nilai yang terkandung dalam agama atau kepercayaan dan tatasusila bangsa ini yang memang sudah mendap dalam jiwa bangsa Kimaragang akan tergugat. Jika nilai politik yang nakal menguasai nilai agama atau kepercayaan atau tatasusila maka ini akan mengakibatkan perbalahan kerana apapun yang dilihatnya menjadi suatu ancaman kepadanya padahal jika diteliti dengan saksama sedikit pun tidak membawa apa- apa kerugian kepada mereka. Ini adalah strategi politik yang menjadi kebangaan ahli politik. Menurut Janathan, semua pihak wajarlah meletakkan " kekayaan ideologi politik" yang mereka miliki dalam konteks kepentingan bangsa, agama atau kepercayaan. Hanya dengan cara ini, Wilayah Kimaragang dapat membangun cepat, dalam suasana aman dan damai. Menurutnya lagi, sepatutnya nilai agama atau kepercayaan adalah asas panduan untuk berjuang dalam politik kerana politik adalah umpama api yang mengganas manakala, agama atau kepercayaan dan tatasusila adalah umpama air yang boleh mengawal api daripada memusnahkan bangsa dan Wilayah Kimaragang. |
Memaparkan catatan dengan label Bangsa Kimaragang. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011
JANGAN KELIRU ATAS TIGA PERKARA
Isnin, 25 Julai 2011
UTARAFM LAMBANG KEJAYAAN KIMARAGANG
| Written by Media Kimaragang on Monday, 25 July 2011 20:17 |
| Kota Kinabalu, 25 Julai, 2011: Utarafm adalah lambang kejayaan bangsa Kimaragang. Demikian dinyatakan oleh Penaung Utarafm, Haji Janathan Kandok dalam satu kenyataan di Ibu Negeri Sabah hari ini sempena hari ulang tahun ke 2 stesen Radio bukan konvensional berkenaan. Menurut Janathan, Utarafm yang diasaskan oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri berjaya menampakkan pengaruhnya kepada ratusan ribu pendengar dalam kalangan pelayar Internet di seluruh negara. " Saya dimaklumkan Utarafm kini mempunyai 35 DJ yang tekun memenuhi selera pendengar. Sudah pasti sudah ada pengaruh dalam kalangan ratusan ribu pendengar di seluruh Malaysia," katanya. Janathan menganggap pengasas Utarafm sebagai seorang yang bijak kerana mengambil peluang keemasan kemajuan teknologi komunikasi untuk mencapai impiannya memiliki radio sendiri. Menurut Janathan, memiliki sebuah stesen radio konvensional adalah sukar. Pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria dan syarat untuk mendapatkan lesen dari kerajaan. Tidak hairanlah tidak banyak permohonan yang diluluskan kerajaan. Mjasni tidak melalui jalan sukar untuk memiliki stesen Radio bukan konvensional kerana tidak memerlukan lesen dari kerajaan, namun jika beliau tidak mempunyai minat dan bakat maka impiannya tidak dapat dicapai. Sebagai orang Kimaragang maka kejayaan ini tentulah kejayaan bangsa Kimaragang. Janathan yakin Utarafm bakal menjadi saluran komunikasi yang lebih penting jika dikayakan dengan program program yang berunsurkan pembangunan bangsa Kimaragang. " Utarafm wajar wujud melebihi konteks hiburan. Saya percaya Utarafm akan menyokong usaha pembagunan masyarakat seperti menggalakan pembangunan tanah terbiar bangsa Kimaragang," katanya. |
KIMARAGANG BANGSA YANG MATANG
| Written by Media Kimaragang on Sunday, 24 July 2011 19:36 |
| Kota Marudu, 23 Julai, 2011: Kimaragang adalah bangsa yang matang. Demikian dinyatakan oleh Haji Janathan Kandok, Presiden Kimaragang Malaysia. Beliau berkata demikian dalam mesyuarat ketiga Jawatankuasa Induk Perhimpunan Bangsa Kimaragang di salah sebuah hotel di Kota Marudu. Menurut Janathan, bangsa Kimaragang boleh dianggap matang kerana dalam keadaan negara aman bangsa ini cepat bersatu hanya dengan sedikit masalah. " Bangsa Kimaragang matang. Dengan sedikit masalah kita sudah bersatu. Bangsa lain di luar negara hanya bersatu sesudah negara mereka ditimpa musibah seperti pembunuhan atau mempunyai pemerintah yang kejam," katanya. Menurutnya, dalam keadaan negara amanlah bangsa harus bersatu untuk pembangunan bangsa dan negara. Beliau yang juga Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menyeru supaya Kimaragang terus berusaha mencapai visi yang ditetapkan kerana usaha berkenaan adalah dipandang mulia. " Kita adalah dari lurah yang dalam dan ingin mencapai puncak yang tinggi. Kita pasti berjaya selagi komited dengan visi Kimaragang, menjadikan Kimaragang bersatu padu, maju dan menarik. Jika pun kita gagal mencapainya, itu adalah lebih mulia daripada berdiam diri." Perhimpunan Bangsa Kimaragang akan diadakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang inginkan setiap bangsa bersatu padu untuk kebaikan bersama. Perhimpunan berkenaan adalah kesinambungan daripada perhimpunan keluarga Kimaragang yang diadakan dalam tahun 2009. Perhimpunan itu yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan dihadiri 2,000 orang. |
Sabtu, 23 Julai 2011
KAMPUNG KAMPUNG KIMARAGANG WAJAR DILIHAT SEBAGAI WILAYAH KIMARAGANG
| Written by Media Kimaragang on Thursday, 21 July 2011 10:37 |
| Genting Highland, Pahang, 21 Julai, 2011: Bangsa Kimaragang wajar diurus sebagai satu unit. Dengan berbuat demikian, bangsa Kimaragang dapat diurus secara menyeluruh. Demikian dinyatakan Haji Janathan Kandok, Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia ketika dihubungi Tabar Kimaragang. Menurut Janathan, jika bangsa Kimaragang dilihat secara berasingan banyak aspek yang terlepas pandang dan lebih malang bangsa ini mungkin difahami seperti orang buta cuba mengenali seekor gajah. " Kita mesti lihat bangsa ini secara menyeluruh supaya tiada aspek yang terlepas pandang. Jangan seperti orang yang tidak pernah tengok gajah cuba mengetahui haiwan itu melalui orang buta, tentulah tidak dapat gambaran yang tepat, " katanya. Beliau berkata jika Kimaragang membiarkan dirinya dalam lingkungan kampung dan enggan mengaitkan dirinya dengan dunia luar maka kekallah bangsa ini berstatus kecil, sebaliknya jika setiap Kimaragang dalam sesuatu kampung mengaitkan dirinya dengan Kimaragang di setiap kampung Kimaragang di seluruh Malaysia maka dengan mudahnya tergambar dalam minda Kimaragang betapa bangsa ini mempunyai sebuah Wilayahnya sendiri sebagai tanah tumpah darah. Menurut Janathan lagi, jika majoriti Kimaragang dapat melihat Wilayah Kimaragang melebihi kegunaannya sebagai tempat tinggal semata-mata maka bangsa ini dapat diurus dengan mudah terutama dalam konteks pembangunan tanah. Katanya lagi, jika Wilayah Kimaragang ini diurus sebagai satu unit maka bangsa Kimaragang akan menjadi pengeluar hasil pertanian yang penting di rantau ini. Sumber : www.kimaragang.com |
Rombongan Ke Kuala Lumpur
| Written by Media Kimaragang on Tuesday, 19 July 2011 11:00 |
![]() Oleh: Nazri Abdullah Mesyuarat Perhimpunan Bangsa Kimaragang memutuskan bahawa Tetamu Kehormat dan Perasmi Sambutan ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Menurut Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia merangkap Penasihat Perhimpunan Bangsa Kimaragang Malaysia, Tuan Janathan bin Kandok , keputusan ini mengambil kira gagasan 1Malaysia yang dicetus sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa sebelum perhimpunan itu, satu rombongan akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri sekali gus menyerahkan memorandum beberapa persatuan yang ada sekitar Kudat, Kota Marudu dan Tandek. Sementara itu, satu pertemuan yang dirancang dan akan diusahakan oleh saudara Nazri dan saudara Jasni dari Media Tabar Kimaragang iaitu pertemuan antara Persatuan Rungus ( SAMORA ) dan Tabilung dengan pertubuhan dan persatuan Kimaragang akan diadakan dalam masa terdekat . Pertemuan ini diadakan untuk perbincangan, pertukaran fikiran dan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin persatuan yang ada, sekaligus mencapai kata putus sepadu yang juga diharap akan dapat menguatkan lagi kesatuan persatuan-persatuan yang wujud di Utara, Sabah. Kenyataan ini dijelaskan beliau dalam pertemuan baru-baru ini di Kota Marudu. Selain itu, tambah beliau lagi, satu seminar yang akan membincangkan isu tanah di wilayah Kimaragang juga akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada Ogos depan. Tujuan pelaksanaannya adalah untuk mengenalpasti tanah adat yang menjadi pertikaian beberapa pihak sebelum ini. Sumber : www.kimaragang.com |
Khamis, 30 Jun 2011
KIMARAGANG
Mewujudkan bangsa kimaragang bermaksud kita tampil dengan nama dan identiti Kimaragang tanpa terus terikat dengan rumpun perkataan Dusun yang bersifat global. Dalam Dusun, ada lebih 30 suku kaum dan menidami satu2 wilayah tertentu.. Contohnya Lotud di Tuaran dan sebahagiannya tamparuli dan kota belud, Kimaragang di kota marudu, tandek, pitas dan sebahagiannya di paitan. Begitu juga dengan yang lain. cuma misi yang kita bawa sekarang ialah kita tampil dengan identiti Bangsa kita sendiri iaitu Kimaragang.. Seperti kata Presiden Kimaragang Malaysia, Tuan HajiJanathan Kandok, ibarat Kereta keluaran Proton di mana kalau dulunya lebih sinonim dengan nama proton saga, proton saga aerobik, Proton waja, Proton wira, Persona, Gen2, Putra,exora. Tapi sekarang kita tidak lagi sepenuhnya memakai perkataan Proton itu pada awal perkataan sebaliknya terus saja menyebut nama kereta seperti Persona, Exora, Waja,Wira kerana kita sudah sedia maklum bahawa nama2 kereta itu adalah keluaran Proton. Demikian juga dengan Kimaragang. Kita tidak perlu lagi menyebutnya dengan nama Dusun Kimaragang kerana kita memang sudah maklum kita adalah dari rumpun Dusun, cuma sekarang misi kita ialah menjadikan KIMARAGANG sebagai satu bangsa. Kita wajar bekerjasama untuk mencapai matlamat ini... Bangsa Kimaragang.
Rabu, 29 Jun 2011
Forum Kimaragang Luar Biasa
| Written by Media Kimaragang on Tuesday, 28 June 2011 19:37 |
28 JUN 2011, KOTA KINABALU | Dalam usaha untuk memperjelaskan kepada bangsa Kimaragang akan matlamat perjuangan 2 organisasi tunjang pemartabatan bangsa ini, Media Kimaragang (MK) tidak putus harapan untuk terus berusaha mencari ruang mempertemukan kepimpinan utama dalam Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB). Jam 8.00 malam, MK menghubungi Presiden PKSB, Tuan Baintin A. Halim Adun untuk perjumpaan. Kebetulan Baintin dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan lebih kurang jam 9.30 malam MK dapat bersembang dengan beliau secara ringkas dan santai di salah sebuah restoran di Putrajaya. MK mengambil kesempatan ini mengajak Baintin untuk mengadakan satu forum khas bersama Presiden PKM, Tuan Haji Janathan Kandok bagi membincangkan berkaitan halatuju perjuangan organisasi masing-masing dan seterusnya melenyapkan tanggapan ketidaksefahaman antara keduanya. Jam 10.00 malam, MK menghubungi Janathan untuk tujuan sama. Keadaan yang sangat luar biasa apabila keduanya bersetuju walaupun pada waktu yang boleh dikatakan tidak sesuai bagi tujuan seperti itu. MK sangat teruja dengan komitmen Baintin dan Janathan dan spontan menyediakan keperluan forum seperti kamera video, kamera statik, mengatur susun untuk berforum dan akhirnya tepat jam 11.00 malam forum dapat dimulakan yang mana ahli panelnya ialah Presiden PKM dan Presiden PKSB sendiri. Pengantara forum ialah Media Kimaragang. Selain itu, MK juga sangat menghargai kehadiran Encik Hassnal Hj. Umar yang berperanan sebagai pemerhati bagi mewakili warga Kimaragang secara keseluruhannya untuk membuat penilaian ulasan dari ahli panel. Dalam forum tersebut, MK banyak memberikan soalan berkaitan asas perjuangan oraganisasi, penjelasan kekeliruan sesetengah pihak akar umbi serta harapan mereka sebagai pemimpin organisasi yang melabelkan Kimaragang sebagai nama. Baintin dalam ulasannya agak kecewa senario tanggapan negatif sesetengah pihak mengenai kewujudan 2 organisasi ini. Beliau mengatakan bahawa perkara ini mungkin disebabkan kurang kefahaman mengenai perjuangan PKSB dan berjanji akan berusaha memperjelaskannya sehingga ke akar umbi. Janathan juga sependapat dengan Baintin dalam hal ini dan akan berusaha untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh berkaitan perjuangan PKM. "Pada masa ini saya sudah mula memberitahu ahli-ahli PKSB melalui ucapan saya dalam mesyuarat dan program yang dianjurkan berkaitan PKM adalah pelengkap kepada perjuangan kami. PKM jelas mampu menjana idea yang boleh memacu Kimaragang ke depan sebab ahli majlisnya terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan kami (PKSB) akan memperjuangkan hak Kimaragang atas kapasiti kami kerana perlembagaan PKSB membolehkan kami bersuara berkaitan ini.", jelas Baintin. Ditanya berkaitan objektif pertubuhan, Janathan mengulas bahawa PKM akan memberikan tumpuan dasar Kimaragang untuk menjadikannya bersatu padu, maju dan menarik. Kedua-dua presiden ini mempunyai harapan yang sama agar Kimaragang akan menjadi bangsa yang berkredibiliti, mampu dalam segala aspek, berpendirian dan dikenali sebagai satu nama iaitu BANGSA KIMARAGANG. Forum ini berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi. Media Kimaragang akan memaparkan rakaman video ini melalui saluran media di internet. Media Kimaragang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua presiden yang berusaha dalam mengemudi pemartabatan bangsa Kimaragang. |
Langgan:
Catatan (Atom)