Sabtu, 23 April 2011

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA ~KISSM BIL.21/2011 TABUNG HAJI, KOTA KINABALU

Seronoknya Induksi walaupun hanya 3 hari sahaja.
Kawan2 yang datangnya dari seluruh pelosok negeri bertemu dan sempet berkenalan sedikit walaupun masa sangat terbatas.
Kenangan sebagai PENGHULUWATI tidak akan saya lupakan sepanjang hayat... :)

Ahad, 3 April 2011

Sambal Belacan

BAHAN-BAHAN : 2-3 batang cili merah (kalau nak pedas letak le sikit cili padi) 1 inci belacan (bakar lagi best) 2 biji limau kasturi (satu perah awal..1 masa nak makan) garam secubit kecik cukup...agak..nanti masin pula CARA-CARA 1. Tumbuk / blander cili sampai hancur 2. Masuk belacan dan garam...tumbuk lagi kasi sebati 3. Perah limau kasturi...gaul..

Paprik Ayam

Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam - dipotong kecil2 (kalau saya, saya goreng separuh masak dulu, tapi jika tak goreng pun tak pe) 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 batang serai - dititik 2 helai daun limau purut di carik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - diketuk (kalo tak suka pedas ke ada anak kecik kurangkan cili padi) bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda (potong sederhana) sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis garam & gula sikit kalau nak pekat, letak sedikit tepung jagung Cara-cara 1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg diketuk. kacau sekejap. 3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. 5. Letak sedikit garam dan jika suka letak gula secukup rasa. Gaul mesra...biar mendidih dan angkat :) (note :semasa menghidang, perahkan limau kasturi.)

Rabu, 30 Mac 2011

Berita Harian Online | Jackie Chan dilapor mati

2011/03/30

NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. ‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.
Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu. “Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.” Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti. Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi

>