Jumaat, 11 Mac 2011

ROSSA- AYAT2 CINTA

Berita Harian Online | Chong Wei seperti kena sabotaj

Chong Wei seperti kena sabotaj Oleh Hussain Said hussain@bharian.com.my 2011/03/11

Dapat notis singkat kurang sejam sebelum turun lawan Chunlai di pusingan 2 ADAKAH terdapat unsur sabotaj terhadap jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Seluruh England?
Itulah persoalan yang timbul apabila jadual perlawanan membabitkan dirinya dipinda dan dia dikatakan hanya diberi notis singkat kurang sejam sebelum turun beraksi menentang Bao Chunlai di pusingan kedua di Arena Tertutup Birmingham, petang semalam. Malah, adilkah untuk Chong Wei turun beraksi dalam perlawanan pertama pada jam 10 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) sedangkan sebelum itu beraksi lewat malam ketika menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez dalam pusingan pertama. Begitupun, minda pilihan pertama itu jelas tidak terganggu apabila menang 21-16, 21-16 ke atas pemain ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh 42 minit untuk mara ke suku akhir bertemu pemenang antara pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand dan Lee Hyun Il dari Korea Selatan. Namun, Chong Wei jelas berang dengan situasi itu apabila terus berjalan keluar menuju ke hotel sejurus tamat perlawanan tanpa menghiraukan wartawan yang menunggunya untuk ditemubual. Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun menafikan terdapat ‘unsur sabotaj’ ke atas Chong Wei walaupun mengakui urusetia kejohanan tidak memaklumkan pertukaran jadual membabitkan jaguh negara itu. “Mengikut jadual asal yang diberikan penganjur malam tadi (malam semalam), Chong Wei akan beraksi dalam perlawanan kelima tetapi nasib baik kami melihat internet pagi ini (semalam) dan mendapati jadual perlawanan sudah dipinda. “Kami bertanya kepada pengadil perlawanan yang mengesahkan Chong Wei beraksi perlawanan pertama dan bernasib baik dia sempat sampai dan bersiap menghadapi perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi di Birmingham. Sementara itu, beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mengiringi Chong Wei ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Taiwan, Chen Hung Lin-LinYu Lang 21-10, 22-20 dalam 24 minit. Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How turut tidak mahu ketinggalan apabila bangkit tewas set pertama 12-21 sebelum menundukkan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-14, 21-19.

Berita Harian Online | Punca virus masih misteri

Punca virus masih misteri Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bharian.com.my 2011/03/11

  • Foto

    PELATIH mengangkat tilam ketika proses pembersihan kawasan untuk mencegah penularan jangkitan Adenovirus di Pulapol, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil menunjukkan pelatih menjalani pemeriksaan kesihatan.

  • Foto

Kementerian belum kenal pasti sumber penyakit KUALA LUMPUR: Jangkitan Adenovirus yang dikesan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini sejak seminggu lalu hingga mengorbankan seorang pelatih konstabel manakala 31 lagi dimasukkan ke wad termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), masih menjadi misteri.
Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan belum mengenal pasti punca jangkitan itu yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit kencing tikus atau Leptospirosis. Difahamkan, ini kes pertama membabitkan jangkitan Adenovirus membabitkan kumpulan yang ramai di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sepasukan pegawai kesihatan sudah dihantar untuk merawat 412 pelatih inspektor dan konstabel yang kini dikuarantin serta memeriksa pusat latihan itu. “Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus dan bukannya akibat penyakit kencing tikus, tapi kita belum mengenal pasti punca jangkitan itu. “Kita masih menyiasat bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi keadaan belum mencapai tahap wabak yang boleh mengancam komuniti di sekitarnya kerana virus itu tidak berjangkit melalui udara,” katanya ketika dihubungi, semalam. Selasa lalu, pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Berikutan kejadian itu, pusat latihan berkenaan ditutup dan semua bentuk latihan kini diberhentikan bagi mengelak risiko jangkitan virus berkenaan. Tinjauan Berita Harian semalam mendapati pusat latihan itu dikawal rapi dan sekumpulan pelatih dilihat membersihkan kawasan sekitarnya. Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini. Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD). Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi. “Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan. Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Berita Harian Online | Bilionair Mexico dahului senarai manusia terkaya

2011/03/11

pix_gal0
Forbes dedah orang kaya Asia lebih ramai dari Eropah buat kali pertama NEW YORK: Rakyat Mexico, Carlos Slim HelĂș, dengan peningkatan kekayaan AS$20.5 bilion (RM62.52 bilion) mengalahkan 1,209 lagi bilionair termasuk Bill Gates, Warren Buffett dan hartawan besi Britain, Lakshmi Mittal, untuk menduduki senarai teratas bilionair dunia, lapor majalah Forbes.
Pemilik empayar media Mexico itu memiliki kekayaan AS$74 bilion (RM224.5 bilion) untuk terus berada di puncak senarai itu buat kali kedua. Senarai Forbes menyaksikan bilangan bilionair meningkat sebanyak 214 kepada 1,210 dengan purata kekayaan bersih AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion). Apa yang menarik, buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad, bilangan bilonair Asia mencecah 332 orang berbanding Eropah 300 orang manakala Amerika Syarikat terus mencatatkan bilionair paling ramai iaitu 413. Pengasas Microsoft, Gates, yang menyumbangkan satu pertiga daripada kekayaan kepada Yayasan Bill dan Melinda, berada di tangga kedua dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion). Pakar pelaburan, Berkshire Hathaway, berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$50 bilion (RM151 bilion). Bilangan bilionair di Britain meningkat kepada 32 dengan Duke Westminster, Gerald Cavendish Grosvenor, sekali lagi dinamakan lelaki paling kaya di negara itu. Walaupun dengan kejatuhan sektor hartanah, pemilik tanah berusia 59 tahun itu meningkatkan kekayaannya sehingga AS$13 bilion (RM40 bilion), menduduki tempat ke 57 dalam senarai 25 orang paling kaya di dunia. Penduduk warga Britain keturunan India, Laksmi Mittal yang juga usahawan perusahaan besi, kekayaannya AS$31.1 bilion (RM94.3 bilion) menjadikan beliau orang keenam terkaya di dunia. Enam ‘bilionair Facebook’ dalam senarai global termasuk pengasasnya Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin, selain bilionair termuda dunia Dustin Moskovitz, yang baru berusia 26 tahun dan usahawan Napster, Sean Parker. Britain mempunyai tiga lagi bilionair baru berbanding tahun lalu. Senarai 10 teratas UK turut menyenaraikan adik beradik Barclays, David dan Frederick, pemilik Telegraph Media Group, dengan kekayaan AS$3.2 bilion (RM9.7 bilion). Penulis novel Harry Potter, JK Rowling yang mencatat kekayaan AS$1 bilion (RM3 bilion) turut disenaraikan sejak beberapa tahun lalu. Bilionair hartanah, David dan Simon Reuben mencatatkan kedudukan kedua dalam senarai orang paling kaya Britain dengan kekayaan mencecah AS$8 bilion (RM24.2 bilion) diikuti Sir Philip Green dengan kekayaan AS$7.2 bilion (RM21.8 bilion). Reubens berada di tangga ke 114, manakala Green pada tangga ke 132. Pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson, pemilik tanah Charles Cadogan dan pemilik Formula One Bernie Ecclestone seterusnya dengan kekayaan mencecah AS$4.2 bilion (RM12.7 bilion). China yang juga negara kedua ekonomi terbesar dunia selepas Amerika mempunyai 115 bilionair sementara Russia mempunyai 101 bilionair. Moscow menjadi kediaman bilionair paling ramai daripada bandar lain di dunia ini dengan 79 orang. Lelaki Perancis, Bernard Arnault yang juga lelaki terkaya di Eropah dan pemilik kumpulan jenama mewah LVMH (Moet Hennessy Louis Vuitton), berada di tangga keempat dengan kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion). Di Eropah, ada 300 bilionair, 50 orang lebih berbanding tahun lalu dengan 72 orang berjaya dengan usaha sendiri. Pada masa sama, walaupun ramai berjaya meningkatkan kekayaan mereka tahun lalu, ada yang merosot. Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad rugi teruk tahun lalu, turun daripada tangga 151 ke 162 dengan kekayaannya merosot daripada AS$23 bilion (RM69.8) kepada AS$6 bilion (RM18.2 bilion). – Agensi

>