BY: FAUZIAH LATIFF
Khamis, 3 September 2009
AKU SEBUTIR PASIR
BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN
BY: FAUZIAH LATIFF
KAU MERUBAH SEGALANYA
BY: FAUZIAH LATIFF
Apakah yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan
Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi
Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati
SEKADAR CORETAN

Hati ini..
Walaupun telah dilukai
Namun diri
Tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh..menyepi nan sebuah hati
yang luka ini..
TERIMA KASIH TUHAN..
Aku terpanggil untuk melontarkan isi hati paling dalam
Lewat bicara bisu ini.
TUHAN..
Terima kaish untuk hari yang indah ini.
Aku bersyukur kerana ENGKAU masih mengizinkan aku memandang
akan keindahan alam semesta ini.
Terima kasih untuk kesihatan tubuh yang Kau berikan
kepadaku, kerana dengan tubuh yang sihat ini aku dapat
menghayati betapa bertuahnya kami ENGKAU ciptakan.
TUHAN..
Sertailah kegiatanku dan keluargaku pada hari ini.
Kiranya, segala sesuatu yang kami lakukan memuliakan
namaMu. Pimpin kami baik yang bekerja, belajar, mengurus rumah tangga, agar semuanya dapat kami kerjakan dengan baik sesuai dengan tanggung jawab yang telah Kau berikan kepada kami.
Terima kasih Tuhan
untuk kasihMu yang tidak pernah berakhir untuk kami
Terima kasih TUHAN kerana masih mengizinkan aku menikmati hari2 ini.
Terima kasih Tuhan
Atas berkatMu untuk kami hari ini sampai selamanya..
SEKADAR CORETAN RASA SIHAT
Di kala sepi
Aku lemah
Aku tunduk lagi
Aku sendiri
Di kala sepi
Aku mahu teman
Aku mahu bicara
Soal hati
Soal manusia
Di kala sepi
Aku menyingkap jendela
Aku mengalih pandangan ke langit kelam
Bulan juga sendiri
Di kala sepi
Aku berbicara
Dengan bulan
Mengadu nasib
Mengadu sengketa
Di kala sepi
Bulan berbicara
Tabah wahai sahabat
Manis hidup bukan ke akhirat
Biar pedih, jangan berpaling
Terus teguh
Endahkan gundah
Buang kan gulana
Di kala sepi
Aku saksikan
Bulan mula pudar
Dilitupi awan
Terima kasih bulan
Mudah mudahan, kau akan terus jadi teman bicara